Sepanjang minggu lepas, rakyat Malaysia dan dunia menyambut Hari Pekerja 1 Mei. Jadi disebabkan ianya jatuh pada hari Ahad maka Isnin tu kita cuti lah. Ramai orang menghabiskan masa untuk bercuti ke sana ke mari tapi kami sekeluarga decided not to go anywhere. Means, we are not going out of town but just be rounding in town. Lagipun ada keluarga nak datang dari Alor Setar, so consider kami adalah tuan rumah.
Sabtu dan Ahad tak banyak aktiviti. Hanya jalan-jalan hasbiskan masa kat Bangi dan Kompleks PKNS Bangi. Wife aku tanya kenapa kompleks-kompleks macam PKNS tu tak diuruskan dengan baik sebab ianya akan tidak tersusun atau sedikit kotor. Aku jawab macam biasalah. Dalam kepala aku mungkin dia nak bandingkan dengan Mid Valley, Sunway Pyramid, KLCC ataupun Pavilion. Sebenarnya banyak benda kena disentuh bila bercakap soal ini. Ianya melibatkan politik. PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (kalau tak silap aku) sememangkan fully managed by Selangor Goverment. Pengurusan PKNS ini memang dikaitkan dengan banyak isu terutama apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor dari tangan Barisan Nasional. Soal hutang, lembaga pengarah yang tidak dipersetujui oleh oleh Exco Kerajaan Negeri, kes tertunggak yang melibatkan bekas Menteri Besar dan lain-lain telah menjadi punca kenapa PKNS agak terumbang-ambing. Apapun, biarkan kerajaan menjalankan kerjanya untuk membaik-pulih imej PKNS jika ianya memang perlu dibaiki.
Berbalik kepada aktiviti keluarga, hari Isnin adalah consider penuh dengan aktiviti. Pagi2 lagi kami dah gerak ngan satu famili dan destinasi pertama ialah IKEA complex kat Mutiara Damansara. Aku project dengan Dee, sepupu wife aku, hari Isnin walaupun cuti sure tak ramai orang tapi nampaknya meleset sama sekali. Kami sampai lebih kurang kul 11.00 pgi, level 1 parking dah penuh. Dan lebih kurang sejam kami dalam kompleks tu, seluruh parking dah penuh. Ini dapat aku rasa bila berulang-ulang kali pengumuman kereta parking bertindih dan meminta kereta di alihkan. Aku pun tak tau lah apalah yang hebat sangat IKEA tu yang pada aku hanya sekadar Exibition Centre jenama Sweden tetapi still made in China. Begitulah hebatnya marketing plan dalam re-brand the product.
Pukul 2.00 ptg aku bawa famili aku makan tengahari kat Restoran Idaman tapi sayangnya lauk banyak dah habis. Tapi disebabkan lapar, apa yang ada sebagai balance pun sedap juga. petang tu tak ada aktiviti dan just lepak kat rumah memandangkan my wife brother and his family juga datang melawat kat rumah. Finally, kami semua decide untuk taking dinner together dan lepas maghrib tu kita gerak ke satu shop just berdekatan dengan rumah but very nice restaurant - Restoran Jingga. Cuba tengok kemeriahan dibawa walaupun sederhana
Yang paling happy ialah my hero
Ariff Haiqal tapi malam tu dia
complaint coz orang lain makan banyak
dia makan sikit ha ha ha
sebab mamanya takut nanti gemuk ....
Wassalam, jumpa lagi di lain wadah..