Thursday, 1 September 2011

Rumah Terbuka Keluarga

Seperti tahun-tahun yang sudah, rumah kami kat Tawau akan mengadakan Hari Rumah Terbuka sempena Aidil Fitri dan ianya adalah upacara rutin setiap tahun. Kalau rumah terbuka Pak Long memang fix pada hari raya yang kedua setiap tahun dan kami biasanya pada malam hari raya pertama. Tetapi tahun ni raya ketiga

Ini disebabkan jemputan kali ini tidaklah seramai tahun-tahun yang sudah, hanya keluarga dan rakan-rakan yang terdekat sahaja. Tetapi suasana malam itu, nampaknya ramai gak orang yang datang walau tak macam tahun lepas sampai penat orang kat dapur mengemas pinggan dan pastikan tetamu cukup pinggan nak makan. Aku anggarkan tetamu yang hadir dalam 250 - 300 orang semua. ADUN pun ada.Tapi ok lah tu. Itu lah namanya rezeki. Seperti biasa, kemeriahan itu kita kongsikan bersama melalui tatapan ini .....

Disebabkan kat luar dah penuh, famili kena masuk dalam rumah. Apalagi lepak lah jawabnya. Syok gak dapat berkumpul cam ni selalu.

Sebahagian famili perempuan yang datang kat rumah. Peranan aku jadi cameraman je.

Antara juadah yang dihidangkan kepada tetamu. Kali ni tema makan agak berbeza dari tahun-tahun dahulu. Kitorang nak lari dari tema hari raya yang ada ketupat, rendang, lemang dan sebagainya. Kali ni kami buat ala Home-Made Dinner yang ada ulam, sambal belacan, masak lemak labu dan lain-lain. Tapi .....

Sebut saja Tawau, ikan mesti ada. Ini wajib. Tak boleh excuse. Ini ikan Selungsung, kalau kat semenanjung kita panggil ikan siakap. Whatever lah. Tapi yang ini pure dari laut. Rasa manis beb ....

Mama bergambar dengan Ariff Haiqal dengan berlatar-belakangkan majlis. Amirun Naufal plak dah tak boleh detect kat mana sebab sibuk main dengan bebudak lain. Dia tu memang happy sangat.

Tetamu sedang menikmati juadah. Kelihatan kat situ Pak Long tengah menyedok lauk. Makanan kampung bro ...

Tatkala semua tetamu dah balik, tinggalah manpower stay kat rumah. Ini gambar orang di belakang tabir disebalik open house ni. Saja-saja bergambar maklumlah jarang jumpa.

Nice pose from loively person .....

Rasanya ini sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ni. Insya'Allah ada masa kita kongsi lagi. Malam ni ada Open House kat rumah Makcik Sabturiah plak. Kita serbu plak rumah dia malam ni. Pastu sibuk nak siap sebab esok hari Sabtu nak ke Pulau Mabul. Sibuk ... sibuk ...sibuk ...

Wassalamn