Sunday, 11 September 2011

Salam Hari Raya Buat Tun Dr. Mahathir Mohamad

Suasana hari raya masih segar. Tapi kali ini trendnya berubah ke bandar. Maka banyaknya jemputan-jemputan rumah terbuka di sana sini sekitar bandaraya Kuala Lumpur ni. Ada jemputan rasmi dari organisasi dan ada juga jemputan dari individu. Aku tidak terlepas dari jemputan yang pelbagai ini. Tapi rasanya hampir semua aku tak dapat attend. Apa taknya, kerja plak melambak nak disiapkan sebelum aku ambil cuti lagi minggu depan untuk pembedahan hidung.

Namun begitu, aku hadir gak ke rumah terbuka member ku ni di Cyberjaya. Dia pun sangat beri-ia menjemput dan hantar SMS ketika aku kat Tawau lagi. Kemudian call plak hari rabu yang lalu to confirm, so, due to respect and appreciate, aku datang gak. Aku ajak wife aku temankan sebab member aku ni dah lama tanya mana wife aku tiap kali dia punya event mesti tak datang tapi wife aku tak nak sebab anak-anak aku payah nak control. Jadi aku pergi gak sekejab tunjuk muka tanda hormat pada jemputan.

Majlisnya pada hari Ahad bermula pukul 3.00 ptg hingga 6.00 ptg. Memandangkan aku sekeluarga pergi dulu berhari-raya kat rumah Abang Eezan (Abg Iparku), maka aku sampai kat Cyberjaya dalam kul 5.30 ptg. Bagiku, still ok sebab still dalam event time. Dah terhidang lauk pauk yang menyelerakan sperti Satay, Ketupat, Lemang, Roti Jala, Kari Ayam dan macam-macam lagi lah. Macam biasa lah, aku makan roti jala sikit dan minum teh tarik, terus jumpa member aku ni tunjuk muka lah sebelum aku nak balik tapi dia kata tunggu kejab, ada tetamu best nak datang. Tanya dia sapa, 'ada lah' katanya.

Tepat kul 5.45 ptg, hadirin berlari kehadapan pintu depan tanda tetamu kehormat dah datang. Rupa-rupanya, beliau adalah salah seorang daripada dua orang tokoh yang paling aku hormati di dunia ini.

Bila aku terdengar orang berteriak " ..Tun dah datang, Tun dah datang.." aku pun terpikir, sapa plak tun yang dimaksudkan. Bila sahaja Tun Dr. Siti Hasmah keluar dari kereta, aku pun terus joint orang ambil gambar tu untuk tangkap gambar.

Kelihatan member aku Norman bersama adik beradiknya Yusri dan Edry mengiringi Tun. Dr. Siti Hasmah menuju ke ruang event. Yang cium tangan tu ialah Dr. Sheeren, Norman's wife.

Apapun Tun. Dr. Mahathir tetap jadi tumpuan dan very cool person. Personalitinya memang tidak perlu diragui dan rakyat Malaysia umumnya kena akui beliau seorang pemimpin politik yang inteligent ...

Jelas masih segak dan bergaya. Bukan senang dapat jumpa live dengan Tun Dr. M ni. Dia just sempatnya bertanya kepada ku, "apa khabar. Dah lama sampai?. Aku terus jawap, baru je Tun. Aku salam dan cium tangan, pastu biarkan dia berlalu bersama Norman.

Sebenarnya terdetik di hatiku nak ambil gambar dengan Tun Dr. M hari tu. Benda ni boleh di atur, just bisik je dengan Norman, sure dia arrange punya tapi memandangkan pakaian ku hari tu betul2 casual, rasanya macam tak sesuailah plak. So, aku rasa tak pa lah. Insya'Allah, umur panjang kita jumpa lagi.

Salam raya khas Buat Norman Abdul Halim dan family, Yusry dan Edry (KRU) serta buat Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Ybhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.