Sekadar menyambung coretan di bulan ramadhan ini, aku tidak mempunyai banyak aktiviti luar seperti tahun sebelumnya. Tahun ini rasanya tidak sekali pun aku berada outstation. Maklumlah company dah lain. Dulu banyak lokasi kat luar tapi sekarang semuanya di Kuala Lumpur sahaja.
Aku nak mulakan coretan ini dengan aktiviti famili aku pada bulan ramadhan ni. Seperti biasa, ianya menjurus kepada anak sulungku dengan aktiviti sekolah CIC nya. Pada 4 Ogos 2012, bertempat di Hypermarket Giant Taman Equine, CIC mengadakan majlis persembahan ramadhan bagi anak-anak sekolah mereka. Apa lagi, anak aku pun terlibatlah. Siang malam menyanyi lagu ala-nasyid yang aku tak pernah dengar. Mula-mula pelik gak tapi lama-lama aku dah terbiasa dengan lagu tu. Yang aku ingat lirik lagu tu " ... you are brother, you are sister, we are big family ...". Yang selebihnya aku tak ingat.
Seperti biasa Mon De Gebs mesti bersama-sama. Adik awal-awal lagi sudah bersedia ingin menemani abangnya untuk persembahan ini. Tapi memandangkan terlalu ramai orang berdiri di hadapan, banyak slot abangnya tak dapat dilihat. Tu yang buat dia cepat boring ....
Yang pasti, sebelum acara bermula semua kanak-kanak berkumpul. Dari dulu sampai sekarang part ni memang aku suka sebab aku dapat lihat gelagat anakku bergaul dengan orang. Tapi kali ni dia dah dapat detect di mana kedudukan aku. So, nak buat suprise pun tak boleh lah ....
Persembahan dah start. Ada 3 persembahan melibatkan Amirun. Tapi yang aku perasan semua persembahan tu, kedudukannya mesti di belakang. Sempat juga bertanya dengan fasilitatornya dan diorang maklumkan kat aku Amirun ni ketika latihan malu-malu kuching plak. Sebab tu placing dia kat belakang. Tak kisah lah, aku saja nak tanya sebab susah nak ambil gambar, asyik terlindung je ...
Beginilah keadaan yang aku maksudkan itu. Penat aku mencari position nak ambil gambar dan ini yang terbaik rasanya. Kalau dapat tengok kat belakang, kita akan dapat melihat berapa ramainya ibu bapa sedang mengambil gambar. Begitulah tanda kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Jangan sekali-kali persiakan generasi ini kerana itu adalah pewaris kita.
Tengah semua orang buat setting untuk last performance, better shoot taken. Kali ni baru lah clear. Aku ni bukannya apa, lepas balik rumah nanti, Amirun akan bertanya hasil gambar yang aku dah capture. Tu yang aku nak pastikan semuanya best-best. Kalau tak ...? Boleh tahan gak budak ni kalau sindir ayahnya
Gambaran sebenar persembahan terakhir pada hari tu. Semuanya ok lah walaupun di adakan pada waktu tengahari di bulan puasa ni tapi aku merasakan budak-budak tu happy semua, jadi aku pun tumpang happy. Dan yang paling aku happy, Amirun pun berpuasa pada hari itu. Alhamdullilah ...
Kan aku dah kata tadi, memandangkan dia tak dapat melihat aksi abangnya jadi dia pun buat aksi sendiri. Kesudahannnya, dia dan mamanya buat personal performance kat belakang. Kejab lagi diorang berdua dah hilang masuk Giant plak, sempat lagi shopping ..
Jadi begitulah catatan kali ini menjurus kepada aktiviti anak ku kat CIC. Lepas tu kena balik terus sebab ada jamuan family kat rumah malam ni. Kecil-kecilan je. Salam ramadhan sekali lagi kepada semua dan hanya beberapa hari lagi to meet Syawal.
Wassalam