Sunday, 17 April 2011
Pagi Yang Tenang
Ketika ini aku terus menunggu dan terus menunggu berita yang ku nantikan itu. Tapi tak apalah, daripada aku terus berfikir ke arah itu, banyak kerja aku tak siap. Hari ni hari Isnin dan aku baru je sampai office. Itu standard sebab office aku ni starting dari pukul 10.00 pg sampai 7.00 ptg. Budaya tempat kerja aku ni tidak mementingkan sangat soal kehadiran kerana skop kerja kami banyak melibatkan aktiviti luar. Dan kalau tak percaya, mengikut jam ketika ini adalah pukul 9.58 pg, aku adalah orang kedua dalam office. Sebab tu line kerja aku ni memang menyeronokkan tapi bukan masanya utk aku maklumkan. Apapun, setiap kita ada tanggungjawab yang hendak dilaksanakan dan walau apapun kemudahan dan kebebasan yang diberikan, kerja mesti jalan...... Itu adalah amanah.