Wednesday, 20 April 2011

Penat, penat, penat ... itulah ayat yang dapat aku katakan sebagai pemulaan posting hari ni. Penat sebab still menunggu keputusan dan yang kedua penat sebab semalam aku pergi berubat ala traditional kat Selayang sampai kul 12.30 malam. Aku dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa aku terpaksa tunggu lagi samapi hujung bulan ni untuk apa-apa update dan sehingga kini belum ada apa-apa progress. Lantas aku ambil keputusan untuk malas nak memikirkannya adan tunggulah. Kalau ia betul-betul datang maka aku akan ikut tapi kalau tak ada rezeki maka aku teruskan dengan apa yang ada sekarang. Lagipun, sekarang ni bukanlah teruk sangat pun, cuma adat manusia, kalau ada yang lebih baik, apa salahnya kita mencuba demi masa depan yang lebih cerah.

Berbalik cite aku berubat semalam, brader yang urut aku tu adalah orang kedah. Mula-mula aku ingat kena pergi rumah berurut rupanya kat rumah kedai. Diorang ada jalan kan perniagaan yang berlesen pasal urut-urut tradisional ni. Tapi ianya untuk lelaki sahaja. Secara peribadi, aku bukan suka sangat dengan urut-mengurut ni kerana sepanjang pengalaman aku berurut dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah rasa ada apa-apa perubahan kalau di urut. Lagipun, arwah bapa aku pernah berpesan, badan kita ni tak baik jika sentiasa diurut kerana ianya akan jadi lembik dan manja. Lepas tu selalu lah cari orang minta urut. Itulah antara nasihat yang sentiasa aku pegang. Tapi ialah, sekali-sekali aku kena juga mencuba kerana zaman arwah bapa aku dulu lain. Dia seorang yang terlatih dengan disiplin yang tinggi melalui profession nya bukan macam kita pada zaman ni, semuanya out. Berbalik pada cite semalam, brader tu check tangan aku dan dia kata penyakit aku ni bukan boleh diurut. Tapi lama juga dia berbual dengan aku sebab-sebabnya. Kerana katannya paru-paru aku lembab dan panas kat dalam. Begitulah mengikut perkiraannya dan aku juga berkongsi dengannya pandangan doktor pakar mengenai penyakit ku ini. Bila aku sebut sahaja, aku ada OSA mengikut tafsiran klinikal, dia terus ternganga. Lantas aku ceritakan bahawa OSA itu adalah Obstractive Sleep Apnea dan selepas tu dia mengklasifikasikan sakit ku sebagai resdung.

Selepas berbual panjang, brader tu bekalkan aku air madu lebah, teh serai dan kapsul bawang putih. Test dulu seminggu dan tengok apa hasilnya. Hari ini aku baru mencuba, dan insya Allah ialah berjaya. Anyway, thank B. Jorn - member yang bawa aku berjumpa brader tu.