Disebabkan kesibukan yang melampau-lampau sepanjang bulan Mei ni, aku hilang kesempatan untuk update blok untuk perkara-perkara yang latest. Sebenarnya banyak perkara yang menarik untuk diceritakan sepanjang bulan Mei lalu tapi aku belum lagi buat susunan sebab kalau aku bubuh sahaja dalam bentuk gambar tanpa penceritaan yang menarik pun tak baik juga.
Tapi pada hari ni, walaupun sibuk aku akan gagahkan juga buat posting sebab ada benda yang orang tunggu untuk tatapan keluarga. Tapi harus diingat bahawa blog ini very eklusif untuk family Amirun Ariff je dan bukan untuk public publish. Daripada rekod attendance blog, nampaknya semua terkawal.
Nak dijadikan cerita, pada 4 Jun 2011 yang lepas ada satu event dalam dunia ini dari jutaan event yang sedia ada melibatkan family aku. Ada rombongan 'merisik khabar' untuk adik ipar aku lah. Memandangkan that event very short notice, jadi untuk buat super preparation tu memang tak mampu dibuat. Apapun, semuanya berjalan lancar dan rasanya sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak tapi belum ada apa-apa media conferance untuk menjawab persoalan mengenai tarikh, tempat dan masa. Yang pasti ... its November 2011. Jom lihat kemeriahan dibawah ...
Baru nak disccus atau 'open' Majlis lah katakan
Bakal mak mertua nak buka cincin. Dia siap cakap "tak tau lah boleh muat ke ni". Dalam hati aku, mustahil tak muat .......
"Mari mak tolong pasangkan ..."
Terima kasih. Ambil restu
Dalam ketegangan nak discuss date dan RM, Ariff datang buat show. Cool sikit keadaan.
Bergambar kenangan ngan bakal mak mertua
Bergambar dengan family the other side
Bakal besan. Semoga bahagia
Second post dengan mak mertua
Aku, isteri dan Amirun Ariff berdoa agar semua yang dirancang akan dicapai.
Ada beberapa posting gambar lagi tak sempat nak setup, tunggu jelah next posting. Sorry sebab aku ada event kat Cyberjaya dan nantilah aku inform, thanks.