Pagi ini aku ada kelapangan untuk membuat coretan dalam blog ni. Kali ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Ulang Tahun yang ke 19 untuk ..... bukan orang tapi kumpulan. Yes ! Sebuah kumpulan yang memang terkenal gah dengan kesungguhan dan komitmen mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Sebelum aku bagi tahu siapa mereka, jom kita cite sikit tentang diorang ni.
Semalam seperti yang aku kata, aku kena rush ke Cyberjaya sebab aku ada event yang member ni jemput banyak kali tapi banyak event dia aku tak sempat datang. bukan aku tak mau datang tapi ada je faktor2 tertentu terutama kerja yang menghalang aku datang. Tapi semalam, aku dah bagi komitmen dan pagi2 lagi aku hantar SMS akan hadir event tu dan dia reply "Thanks very much bro". Walaupun ini consider friends event tapi aku anggap ianya official. Lagipun event tu dibuat pada hari Isnin kul 2.00 petang. Jadi kira kejelah lah kan.
Sampai je kat Cyberjaya, mamat ni pun dah tunggu kat Cafe kat luar bangunan studious yang tersergam indah itu. Lepas tu kitorang lepak dan dia bawa pusing bangunan termasuk bilik pejabatnya. Bangunan yang baru setahun beroperasi itu nampak masih 'hijau' dan banyak kawasan belum utilize sepenuhnya lagi.
Pukul 3.15 petang baru event starts dengan MC beri kata aluan dan my friend speech. Nampak bersemangat dan bersungguh dalam membawa visi syarikat dan kumpulannya. Dia menceritakan bagaimana mula mereka menjejakkan diri dalam dunia hiburan dengan hanya bermodalkan RM 2,000 dari EMI Music sehinggalah menjadi seperti sekarang. Tapi memang aku suprise dengan komitmen dan pencapaian mereka dan dari apa yang diceritakan oleh member aku ni tentang kejayaan mereka, aku membuat kesimpulan kejayaan mereka berpunca daripada keyakinan, usaha, ketelusan dan kepercayaan kepada bakat serta yang paling penting ialah kemampuan mengembangkan potensi diri berdasarkan kebolehan diri masing-masing. Jadi, bila mereka berjaya bergabung, maka 3 beradik ini yang menggelarkan diri mereka KRU ini berjaya mencapai apa yang diinginkan.
Tahniah dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke 19
Papan Skrin For Hi Tea Showcase
Ini gaya seorang yang berjaya. Sebagai kawan, aku respect cara dia berfikir kerana dia sangat positif oportunis. Sekarang tengah lepak kat ruang office sementara event nak start.
Pengacara Majlis mulakan event. Aku tak kenal diorang ni tapi wife aku kenal
Norman tengah buat speech dan presentation mengenai perkembangan KRU dan thier future plan termasuk filem yang bakal dikeluarkan
Bergambar dengan artis-artis kelolaan KRU Studios dan team
Upacara memotong kek ulang tahun ke 19
Atas permintaan ramai, KRU di minta membuat persembahan secara spontan. Mereka menyanyikan lagu FANATIK dan memang masih ada class. Suprisingly, vocal Norman still good even aku selalu kenen dia.
Aku duduk dengan 2 brader ni dan diorang paling low profile dalam event ni. Norman tanya Mawi, tak bawa Ekin ke, mamat ni tak tau nak jawab apa. Edry plak, cam biasa, dia ni cool je tapi lagu ciptaannya memang class ..
Anyway, good luck KRU and buat Norman dan KRU, thanks for the invitation. Always success ....