Thursday, 7 July 2011

Coretan Senja


Aku memulakan coretan ku kali ni dengan gambar tanda ingatan dari Ariff Haiqal. Posting gambar diambil ketika ingin menghantar abangnya ke sekolah yang mengenakan sut yang sama ala Timur Tengah. Insya'Allah satu hari nanti mereka akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Hari hanya coretan ringkas nak dikongsikan bersama dan untuk pengetahuan, Mak dan abang-abangku telah selamat balik dari mengerjakan Umrah pada 27 Jun 2011 yang lepas. Kali ni aku, wife dan Mon De Gebs pergi sekali ke KLIA untuk menyambut ketibaan mereka. Lagipun, mereka ambil connecting flight dan hanya singgah sekejab kat KLIA. Tiba dari Jeddah lebih kurang pukul 11.00 pg dan bertolak balik ke Tawau pada penerbangan MAS pukul 2.30 ptg.


Sempat bergambar dengan keluarga sementara menunggu waktu berlepas. Dalam kesempatan ini lah Mon De Gebs dapat bermanja dengan neneknya dari Tawau. Tengok saja bagaimana Mon de Gebs ini melakukan pelbagai aksi ketika bergambar dengan neneknya.