Hari ini genap anak sulungku ini berumur 5 tahun. Dia adalah cahaya pertama yang menyinari diriku, isteriku dan keluarga ku. Dari senyuman yang jelas terpampang, aku gembira kerana mampu membuatnya gembira. Memandangkan hari ini jatuh pada hari bekerja, maka sambutan hari lahirnya di awalkan pada hari Sabtu yang lepas. Tidak ada jemputan luar, hanya keluarga yang terdekat sahaja. Bagi Amirun Naufal, sebuah kek dan nyanyian hari jadi untuk nya adalah lebih daripada mencukupi dan itu lah yang kami sediakan untuknya hari sabtu yang lalu.
Kek ini ditempah khas oleh isteriku untuknya melalui sebuah perniagaan kecil kek di Puchong. Dengan berlatar belakangkan watak Super Hero pujaannya, sudah cukup untuk menjadikan hari itu penuh bermakna. Tengoklah bagaimana Amirun mendominasikan majlis pemotongan kek tersebut bersama mamanya.
Walaupun jemputan adalah sekitar lebih kurang 10 orang tapi persediaan yang dibuat oleh wife aku adalah lebih daripada itu. Makcik sediakan Nasi Tomato Udang dan ditambah oleh KFC Barrel, Satay, Tat Telur dan Buah buahan, sudah cukup untuk menjadikan makanan bukan isu utama tetapi yang penting kemeriahan majlis itu sendiri.
Majlis yang bermula pada pukul 3.00 ptg dan sampai kul 7.00 ptg. Kepada tetamu yang hadir iaitu Abang Eezan dan Kak Mili sekeluarga, Dee dan Liza sekeluarga serta Eezilia dan rakannya, aku dan wife ucapkan jutaan terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Dan kepada Amirun Naufal ... dah semakin dewasa dan semoga dia meniti hari matangnya dengan sempurna. Hakikatnya, dia semakin matang .
Think first before doing anything ...
Selamat Hari Lahir Yang Ke 5