Thursday, 6 October 2011
Selamat Hari Jadi Putera Keduaku - Ariff Haiqal
"..adeek Dodokkkkk". Itulah ayat keramat yang dia seorang saja yang tahu maksudnya tapi cukup untuk menghiburkan semua orang yang mendengarnya. Tanggal 5 Oktober 2011 semalam adalah hari bahagia bagi putera ku yang kedua Ariff Haiqal kerana ianya menandakan genapnya umurnya matang 2 tahun.
Tanpa dia sendiri sedari, kami membawanya ke sebuah majlis yang sangat kecil untuk meraikan Hari Lahirnya yang kedua dan semoga coretan ini akan menjadi imbasan kepadanya tatkala dirinya dewasa nanti Insya'Allah bahawa dirinya sangat disayangi oleh orang-orang yang menyayanginya.
Dan malam semalam, aku bersama Tok Wannya, Mak Tok, Achik yang dipanggilnya Mama, mama dan tak lupa yang 1st hero Amirun Naufal meraikan Majlisnya di Secret Recipe, Jaya Jusco Taman Iquine. Dan sebagai tanda kasih sayang, Tok Wan dan Mak Toknya menghadiahkannya sebuah basikal merah yang sangat membuatkannya teruja.
Mama sedang membantu Ariff nak potong kek kecil hari jadinya
Nampak sangat Ariff menggelabah sebab dia pun tak tahu apa semua ni he he
Dan dia menyedari hari ini sangat istimewa baginya walaupun dia sendiri pun tak tahu hari untuk apa. Bila Ariff dah besar nanti, baca balik blog ini dan ini Majlis Hari Jadimu yang ke 2 yang dirancang oleh mama.
Apapun, terima kasih Tok Wan, Mak Tok, Achik dan semua yang keluarga yang mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Ariff Haiqal. Doa ayah semoga panjang umur, sihat walafiat, berpelajaran tinggi, berkarier, baik akhlak, ingat ibu bapa, jangan lupa amal ibadat dan bertemu jodoh baik. Amin
Selamat Hari Jadi Ariff Haiqal ....



