Aku rasa agak lama gak aku tidak menulis untuk update aktiviti family ku. Last posting ialah pada bulan Oktober tahun lepas dan hanya hari ini setelah 2 bulan lebih barulah aku ada sedikit kelapangan untuk menulis. Tapi buat masa ini aku tak ada apa-apa yang menarik nak diceritakan sebab pergerakan agak terbatas memandangkan kerja kat offis melambak bagai nak rak. Namun hakikatnya, suka atau tidak kenalah juga diselesaikan.
Kalau diimbas kembali sekitar penghujung tahun lalu memang ada banyak aktiviti melibatkan family aku. Mungkin aku tidak akan huraikan semuanya tetapi kalau aku ada rekod, memang akan aku paparkan. Oklah dulu buat masa ni, nak cerita panjang pun tak ada isu, kerja pun melambak ni jadi aku akan update lagi dilain hari dan ketika. Wasalam
Ini gambar pada 15 Disember 2011 tahun lalu di mana keluarga dari Singapura datang ke KL. Ummi (Anak Makcik Asmah) bersama suaminya Johari dan anaknya. Kami berjumpa dan dinner kat Madam Kwan Pavillion KL. Last sekali aku berjumpa Ummi ni ialah belasan tahun yang lalu dan aku pun tak ingat tapi family still on contact.