Sunday, 22 January 2012

Memori Disember 11 Di Kota Singa

Seperti yang kujanjikan, jika ada kelapangan, aku akan berkongsi kenangan-kenangan sepanjang tahun 2011 melalui blog ini. Pada 2 hingga 4 Disember 2011, kami menghabiskan masa terluang dan kesempatan yang ada dikala keluarga dari Kedah datang ke KL sempena Majlis Perkahwinan Adik Ipar ku (Eezilia & Saiful)pada penghujung bulan November 2011. Perancangan yang telah dibuat awal lagi kerana sebahagian ahli keluarga ingin melawat Universal Studio Singapura kat Pulau Sentosa selain melancong kat kota singa yang terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Selain Universal Studios, dalam plan kami ada perancangan ke Bugis Junction, Orchard Road, Geylang, Singapore Flyer, Marina Bay, VIVO City, Mustapa Center dan lain-lain. Tapi dalam 2 hari, banyak mana sangat boleh pergi. Lagipun, kitorang nak enjoy je dan bukan nak shopping, jadi masa memang tak rushing. Oleh itu, tempat yang sempat kami lawat ialah, Universal, Bugis Junction, Orchard Road dan Mustapa Center. Next trip mungkin boleh cover tempat lain.

Vacation kali ni bersama Dee & family, Chu Chon & family, my family dan makcik. Seperti biasa, kalau nak enjoy kat Singapura, better way ialah kita drive in rather than naik bus, flight, sewa transport or whatever lah. Ini pandangan aku. Jadi, selepas sepakat dengan semua family members, kami drive 2 kereta masuk Singapura. Semuanya berjalan lancar.

Kami bermalam kat Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Lebih kurang 5 KM dari Causeway. Ini adalah plan yang paling baik. Bermalam di Singapura ni bukan tak ok, mungkin jimat masa. Tapi daripada kita spend money stay kat Singapura, better guna duit tu untuk shopping atau other expenses. Dulu-dulu pun aku pernah tinggal kat hotel kat dalam Singapura tapi kalau ramai-ramai cam ni, stay kat JB adalah lebih baik.

Sebagai pembuka lembaran bergambar, ini pose my 2 hero "Mon De Gebs" kat hotel nak keluar ke JUSCO Jalan tebrau. Saja nak jalan-jalan. Semua orang kepenatan sebab seharian driving tapi diorang still ok.

Sebagai destinasi pertama pada hari pertama, kami pergi ke Danga Bay. Kat situ pun ada permainan menarik untuk budak-budak selain menghirup udara pantai di Teluk Danga yang berhadapan dengan tanah Singapura. Suatu ketika dahulu, Danga Bay ni popular lah juga tapi orang kata semenjak Universal Studious buka kat Singapura, tempat ni macam kurang tarikan. Dulu aku rasa aktiviti kat situ memang banyak siap pasar malam setiap hari lagi tapi sekarang, lesu je aku tengok. Aku rasa orang luar yang tak tahu je akan datang ke Danga bay, orang tempatan rasanya tak minat langsung. Pihak berwajib kenalah buat sesuatu sebelum ianya terus mati.

Lepas lebih kurang 2 jam kat Danga Bay, kami bertolak ke Stulang Laut untuk makan malam. Kat sini variasi makanannya bertemakan Seafood dan Tomyam. Makanannya ok, harga pun not bad tapi servis agak lambat. Kena remind selalu. Overall komen, okay lah. Gerai kat sini lebih kurang dalam 8 ke 10 gerailah. Boleh pilih tapi konsep tetap sama. Yang sedap bagi aku hanyalah otak-otak kerana memang itulah speciality untuk orang selatan terutama Johor Bharu.

Hari pertama di Singapura. Selepas settle semua registration kereta kat Causeway, kami terus ke Sentosa Resort. Lebih kurang pukul 11.45 pagi kami dah sampai kat destinasi.

Ini adalah special pose dari keluarga Chu Chon di hadapan Hard Rock Cafe Sentosa Resort Singapore. Ibarat kata Chi Tun, ini adalah vacation kedua selepas Majlis Perkahwinan aku kat Sabah, seluruh keluarganya dapat bercuti bersama. Maknanya, this is very memorable day. Tapi tak apa, kali ini kita arrange lagi ke Singapura dan terus ke Pulau Batam, Indonesia. Aku rasa plan ni mesti Chu Chon suka. Tapi, please take note, tak bolehlah 3 hari, at least 1 minggu.

Bergambar dengan replika Jelly Belly. Aku pun tak tahu, Jelly Belly tu benda apa tapi yang pasti aku tengok ramai gak yang bergambar kat situ. Aku cuba cari replika Upin dan Ipin tak da plak. Sebab yang tu aku minat. Kalau kat KL selalu nampak replika MC Donald atau KFC, tapi kat sini Jelly Belly lah, Cherry Strawberry lah, Blackberry lah dan macam-macam lagi lah. ha ha ha gurau je yek.

Tak apa, ini Harimau Singapura. Ia tak hebat macam Harimau Malaya. Tapi yang penting dapat gak bergambar bersebelah harimau. Aku sebenarnya tengok gelagat Shasya yang dari tadi dok tengok harimau tu. Perangai sama macam Ariff kalau tengok patung besar. Takut kena ngap .....

Antara pose yang menarik membelakangkan trademark Universal Studious. Lokasi ini adalah lokasi wajib bagi pengunjung studious sebab trademark tak kan dapat kat tempat lain melainkan kat studious mereka. Maklumlah, hollywood branding lah katakan. Gambar aku pun banyak tapi tak muat nak masuk blog. Insya'Allah, kalau ada rezeki kita ambil gambar membelakangkan gambar yang sama tapi bukan studios Singapura tapi Universal Studios kat Hollywood. Tiada yang mustahil .....

Dee and family. Bila budak-budak ni dah besar, kita pergi sekali lagi. Then baru kita boleh enjoy maximum semua game kat dalam.

Beritahu kawan kat kampus "I was there ....". Next time boleh you all plan buat campus group for visit.

Yang ni aku tak ya nak cakap lah. Dia buat semua tempat tu macam dia yang punya. Aku sedang mengkaji karakter anak aku yang sorang ni secara mendalam. Ada masa memang ianya menyakitkan hati gak tapi budak-budak ni ada seni dan intension nya. Jadi memang kena sabar. Part ni dia memang sangat-sangat nak bergambar aksi Ultraman nya dengan background asap kat belakang. Pose ni memang dia suka dan aku lagi suka kalau dia pun suka.

Aku rasa ini paling klasik lah untuk Chu Chon. Aku teringat gaya bergambar ni macam gambar Tunku Abdul Rahman kat aiport Sungai Besi selepas satu majlis pelancaran melibatkan angkatan tentera sekitar tahun 1956. Chu Chon kata Singapura bukan asing baginya sebab dulu dia pernah datang beberapa kali. Inilah tempatnya. Iaitu Pulau Sentosa. Cable Car, Space Fiksyen dan lain -lain. Tapi itu dulu sebab sekarang dah banyak berubah. Cable Car masih ada tapi kita kena pergi jauh lagi untuk ke Cable Car station, Space Fiksyen tu aku tak pasti area mana. Cuma yang masih aku ingat tapi tak sempat nak menjenguk maybe Tiger Bum. Semua ni ada dalam memori Chu Chon.

Hah ini lagi seorang putra ku. Dia juga ambil kesempatan bergambar. Tapi kali ini dia bergambar di VIVO City Complex Singapore yang jaraknya hanya 1 KM dari Universal Studious. Family ku dan Makcik tak masuk ke dalam Universal Studious tu sebab kitorang dah masuk bulan Jun 2011 yang lepas. Jadi kami ambil keputusan untuk menaiki LRT ke VIVO City untuk sekadar jenguk-jenguk apa yang patut. Jadi dalam kesibukan mamanya bershopping, Mon De Gebs ni mengambil kesempatan untuk bergambar.

Tengok tu sempat plak bergambar dengan gajah. Dalam diorang bergaduh-gaduh sebab berebut barang mainan tapi bab bergambar, we are brother. Lokasi ini kalau tak silap aku kat 3rd floor VIVO City Mall. Kawasan ini ada swimming pool, kolam ikan dan macam-macam lagi. Memang lokasi menarik jugak untuk sesiapa yang minat bergambar. Kalau tengok sekitarnya, semua orang mengambil gambar. Orang yang pemalu bergambar pun hilang malu depan kamera.

Secara kebetulan kapal peranginan Star Cruise berlabuh kat Sentosa Port jadi apa lagi ambil lah kesempatan bergambar. Kat Singapura ni lokasinya menarik untuk ambil gambar kapal ni yang memang jelas kelihatan berbanding kat Malaysia yang berlabuh kat Klang, sikit punya jauh. Namun aku dah naik dah kapal tu semasa lawatan rasmi boss aku dari India. Nanti lah, ada je kesempatan, kita berkongsi pengalaman kat situ plak. Berbalik kepada gambar ni, pose di ambil secara spontan untuk kenangan tepi pelabuhan.

Tengok Ariff .... he he he. Ketakutan lah tu. Padahal dia yang beria-ia nak bergambar dengan makluk warna oren tu. Tak pasal-pasal kena beli patung oren ini dalam harga Sing Dllr 16.90. Tapi kira ok lah sebab kalau ikut kata wife aku, patung tu je kat Malaysia harga dalam RM 80 ++. Jadi berbaloi lah beli. Bukan patung yang dalam gambar ni tapi patung kecik dalam plastik kat belakang Ariff tu. Jangan salah faham plak.

Ini hari kedua kat Singapura. Tempat pertama kami tuju ialah Orchard Road yang memang terkenal dengan aktiviti jalanan yang menarik dan profesional di samping deretan gedung-gedung terkemuka dunia seperti Paragon Complex, Cathay Cineleisure, Mandarin Mall dan lain-lain. Gambar ini diambil di hadapan bangunan terkenal Takashimaya di tengah-tengah Orchard Road. Lepas tu kitorang ronda-ronda sekitarnya untuk cari mood tapi memandangkan kami datang awal dan happening time kat sini bermula petang jadi tak banyak memori menarik sempat dirakam. Tapi orang yang betul-betul enjoy mungkin Faizal sebab dia berjalan serata tempat kat Orchard Road. Maklumlah, dia masih bujang jadi masa ni lah ambil kesempatan dengan meneroka sebebasnya.

Selepas lebih kurang 2 jam berlegar dalam kawasan berdekatan, kami membuat keputusan bergerak ke Bugis Street untuk meninjau Bugis Junction plak. Kat situ ada bazaar jualan barang yang agak ok gak lah tapi malangnya aku tak ada rekod gambar sekitar Bugis Junction. Jadi tak banyak yang boleh dikongsi.

Dee dan family bergambar di boot Hitachi kat Orchard Road. Boot memang diorang design untuk orang ambil gambar. Bagi aku, hari itu memang Dee dan wife matching dengan corporate color Hitachi biru muda. Jadi aku rasa gambar ni memang menarik dan padan. Kalau hantar pertandingan, boleh menang ni.

Ariff dan tension dengan abang Amirun yang membebel dari tadi. Mahu tak mahu, baik aku tutup telinga dengan patung oren ni. Itu mungkin kata hati Ariff. Gambar di ambil kat dalam bangunan Takashimaya ketika mamanya membelek beg tangan idamannya. Tak apa mama, teruskan shopping, kitorang faham he he he.

Seperti yang aku katakan tadi, Orchard Road terkenal dengan aktiviti jalanan yang menarik dan profesional. Aktiviti ini bukan dibuat secara haram sebab mereka mendapat kebenaran dari pihak berkuasa atas alasan pelancongan dan ternyata ianya memang menarik dan sentiasa pelbagai. Kumpulan ini ialah kumpulan yang membawakan muzik dengan paluan gendang dengan diiringi oleh wisel dan yang menariknya wisel digunakan untuk mengubah rentak setiap kali ianya dibunyikan. Dalam masa yang sama mereka juga membuat kutipan untuk sesuatu tujuan tapi aku tak begitu pasti untuk apa. Yang pasti, mereka telah melalui latihan yang cukup untuk persembahan ini kerana persembahan mereka memang menarik dan unik.

Dan secara tiba-tiba rupanya mereka ada musician jemputan untuk menguatkan persembahan mereka. Musician tu memakai baju merah dan dengan selamba bergerak ke hadapan dan performing the show. Ha ha ha sapa lagi kalau bukan Ultraman aku tu. Mula-mula aku takut gak mana tahu kena marah dek diorang sebab ganggu persembahan tapi rupanya diorang ok je. Siap ajar Amirun macam mana nak gunakan benda tu. Tapi bila dah kena ajar, Amirun ni takut plak nak main, tadi nak sangat. Bila dah ada kat main stage, terkedu terus. Tapi tak apalah, yang penting kehadiran dalam kumpulan tersebut dihargai.

Semasa on the way nak ke kereta tu, kami di sapa oleh sekumpulan pelajar untuk meminta tandatangan sempena Tahun Baru 2012 dan Ucapan Krismas. So, Makcik yang tulis atau tandatangan kat belon tu. Katanya masa perayaan tu, mereka akan lepaskan belon tu ke udara. Gempak brother ... siap tandatangan tu.

Jadi itulah antara kenangan yang dapat dikongsi semasa vacation ke Singapura tahun lepas. Gambar yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian dan sebahagian lagi ada dalam simpanan. Kepada keluarga kat Singapura, minta maaf banyak-banyak sebab langsung tak call masa kat Singaura sebab masa kitorang memang ketat dan nak jumpa pun rasanya tak sesuai. Insya'Allah di lain ketika.

Kepada Dee dan Family serta Chu Chon dan family, terima kasih kerana bersama kami semasa percutian ini dan memang banyak lagi tempat tak sempat nak pergi seperti yang dirancangkan seperti Singapore Flyer dan lain-lain. Lebih-lebih lagi Chu Chon yang banyak tempat kenangan semasa dia muda remaja dulu yang tak sempat dilawat tapi Insya"Allah di lain vacation kita complete kan.

Catatanku untuk topik ini tamat di sini.

Wassalam