Friday, 18 May 2012

CIC Sports Day - 31st March 2012

Assalamualaikum Wr. Wbt.
Selepas penulisan terakhir tahun baru cina yang lepas, baru lah kini aku ada kesempatan untuk menulis semula. Nak cari time yang sesuai ni sebenarnya bukan perkara yang mudah. Tapi hakikatnya, masa itu adalah uruasan kita, ianya tetap berjalan seperti biasa tanpa adanya gangguan. Yang tidak konsisten ialah kita. Itulah yang selalu diperkatakan dalam istilah akademik sebagai Pengurusan Masa.
Berbalik kepada topik yang aku nak share ketika ini. Sebenarnya sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, banyak berlaku perkara-perkara yang hebat dalam hidupku dan keluargaku yang rasanya boleh dikongsikan bersama. Tapi hari ini, aku nak bercerita tentang Sports Day Children Islamic Center (CIC) iaitu tempat putera sulungku belajar pada 31 Mac 2012 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Beberapa hari sebelum sukan ini, telingaku memang tidak lekang dari mendengar persediaan demi persediaan untuk hari sukan tersebut. Terutama Amirun Naufal yang sangat exited dan tak sabar menunggu, dia memang suka aktiviti - aktiviti macam ini. Macak aku gak kecik-kecik dulu seperti yang arwah nenek aku cite. Dan wife aku seperti biasa, awal-awal lagi dah block date aku dari segala appointment pada hari tu means the whole day is belong to Amirun Naufal. Dan aku pun ok kerana bagi aku inilah masa terbaik untuk aku melihat kehidupan sosialnya dengan kawan-kawan.
On 31st March, macam biasalah kena bangun seawal yang mungkin dan kami kena sampai KL sebelum kul 8.00 pg. Walaupun sampai lambat sikit tapi event belum bermula so consider ok lah. Aku melihat ramai ibu-bapa dah datang. Semua nampak penat je. ha ha. Sebahagian ibu bapa tu aku tengok macam terpaksa je nak datang. Maklumlah, tak datang nanti anak kecik hati. Tapi aku tak cam tu. Memang aku nak datang dan bersama dengannya. Sebab itu setiap movement yang ku rasakan sesuai, himpunan gambar-gambar yang aku ambil adalah buktinya.
Sementara menunggu giliran untuk acara sukan, my hero ni duduk dulu memberikan pose nya yang bersahaja. Dia nampak happy je bila dia tahu aku ada bersamanya. Its ok. Yang penting you happy.
Acara nak bermula. Mula-mula dengan perbarisan. Ketika ni aku masih lagi kat bawah beersama dengan Amirun. Anyway, kejab lagi aku nak naik atas dan observe dia dari jauh. Saja nak tengok pergaulannya.
Jadi itulah yang aku buat sepanjang hari. Tak ada siapa pun yang aku kenal hari tu. Ok lah tu. Memang zaman kanak-kanak ni sangat happy. Apatah lagi bila dapat event bersukan cam ni. Tapi masa aku dulu, rasanya sekarang lagi berbeza. Kami dulu pakai sukan sekolah je, macam ni rasanya tak ada. Anyway, biarkan ianya berlalu dan mataku keep on looking on my hero.
Sekarang program senaman dan program berkumpulan.
Ini consider Amirun's best friend. Amirun ada mentioned namanya tapi aku lupa. Tapi yang pasti dengan budak tu dia kerap said "Itulah ayah saya yang saya cakap tu". Entah apalah yang di ceritakannya dengan budak tu pasal aku.
Yang ini kata Amirun consider senior dia lah. Ambik gambar diorang sebab dari tadi aku nampak budak ni selalu explain kat Amirun apa-apa arahan yang Amirun tak faham. Ok lah tu.
Aku tak tahu apa dia buat tapi kali ini jadi tumpuan. Yang penting aku tengok hubungan dengan kawan-kawan ok gak.
Lebih kurang pukul 1.30 pm, semua acara dah selesai dan kami pun bergegas balik. Ada lagi family event petang tu sebenarnya tapi aku pun tak berapa ingat. Yang pasti hari ni aku puas hati. Dengan melihat gerak-geri anak-anak bukan bermakna kita mengongkong segalanya tapi sekadar tunjukkan kasih sayang. Masa ini lah kita kena rapat tatkala dia dah besar nanti, adalah tidak sesuai untuk mengongkong lagi. Semoga kasih sayang ini berterusan dan semoga Amirun akan menjadi semakin matang dari hari ke hari.
Wassalam.