Friday, 18 May 2012

Selamat Hari Jadi Achik

Assalamualaikum Wb Wbt.
Pada 28 April 2012 yang lalu, wife aku dan beberapa orang ahli keluarga telah merancang untuk meraikan Majlis Hari Jadi Achik (Panggilan Mon De Gebs kepada Makcik Zaharah) di sebuah restoran tom yam di Taman Melawati, Gombak. Aku tak berapa ingat nama tempat tu tapi set up restoran semuanya ala-thai. Bagi aku, lokasi memuaskan. Tapi sebenarnya aku ni semua tempat pun memuaskan dan memilih tempat makan yang sesuai memang tugasan yang sentiasa gagal kalau bagi kat aku. Jadual yang kita set ialah pukul 8.00 malam tapi biasalah dengan hidup keluarga yang pelbagai karenah anak-anak, jadi lambat lah sikit. Aku dan family sampai lebih kurang pukul 8.45 malam. Makanan semuanya dah ordered dan tinggal makan je. Apapun kelewatan malam itu tidak langsung menggangu majlis yang telah dirancangkan.
Gambar-gambar diatas menunjukkan begaimana kemeriahan majlis tersebut walaupun kecil tapi penuh bermakna. Makanannya plak memang menyelerakan jadi aku yang plan tak nak makan nasi banyak pun dah 'termakan' banyak gak.
Majlis Potong Kek. Majlis ni untuk Achik tapi yang potongnya Ariff plak. Tapi tak pa lah, yang ni kan gimic event. Yang si Ariff ni pun memang manja dengan Achiknya. Anyway, kek tu memang cute tapi aku tak sempat nak rasa sebab Mon De Gebs makan banyak sangat. Nanti time diorang punya birthday, aku plak makan kek diorang.
Majlis berlarutan gak sampai pukul 10.00 malam. Tak ada aktiviti lepas tu. Balik rumah je. Kepada semua yang mengatur majlis malam itu dan semua yang hadir iaitu Bapa, Mama, Abg Eezan & Family, Dee & family and Ewan, thanks for the event.
On behalf of Amirun Ariff & family, kami mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin
Wassalam