Selamat Hari Lahir yang ke 6 buat anak sulungku Amirun Naufal. Mungkin aku terlambat membuat coretan ini memandangkan hari lahirnya ialah pada 22 Jun 2012. Walaupun aku rasakan tangan ku masih panas menulis dalam blog ni mengenai sambutan hari lahirnya tahun lepas di rumah ku tetapi aku berbangga dengan kepantasan masa yang tidak terkejar ini, generasi membesar selaras dengan usianya.
Disebabkan kesibukan yang kerja yang padat dengan masa yang ketat, alhamdullilah kami dapat menyediakan sesuatu untuk hari lahirnya. Kali ini sambutan yang dibuat memang amat ringkas kerana ianya diadakan di sekolahnya Children Islamic Centre (CIC) Bukit Jalil bersama rakan-rakannya yang lain. Tapi sebenarnya, memang itu pun juga permintaannya.
Seperti biasa, arkitek kepada semua perancangan ini sudah tentu mamanya. Bila Amirun dah besar dan baca blog ini, kena ucap terima kasih kat mama. Bahan-bahan ini diperolehi dari internet dan kita buatlah ordering. Masukkan dalam bakul hadiah dan distribute kat CIC.
Tema yang kali ini ialah Iron Man. Ini adalah special request darinya. Tapi aku tahu sebab lepas dia menonton filem "The Avengers" kat pawagam awal bulan Mei lepas, watak yang paling dia suka dalam semua superhero itu adalah "Iron Man". Whatever lah. Yang penting dia happy dan sentiasa berada di landasan yang betul selaras dengan peningkatan umurnya.
Gambar-gambar ini semua diambil oleh guru sekolah Amirun sebab ibu-bapa tidak dibenarkan untuk naik melihat majlis hari lahir tersebut. Memang kecewa juga lah mama, achik dan Ariff sebab mereka semua dah bersiap sedia untuk merayakan bersama-sama tapi memandang itu protokol sekolah jadi, kitorang respect lah. Mungkin ada reason yang tersendiri dan yang pasti kami percaya itu untuk kebaikan semua pihak.
Kami dimaklumkan pada hari tersebut ada 3 orang yang akan menyambut hari lahir. Wow bestnya. At least Amirun ada kawan yang seusia atau sama date dengannya. Dua lagi ialah Irdina dan Syifa. Uncle kat sini nak ucapakan selamat hari lahir untuk keduanya. Jadi 3 kek telah disusun rapi untuk majlis tersebut. Dari senyum Amirun tu jelas dia malu tapi happy.
"Ini lah kawan-kawan Naufal ayah". Itu ayatnya bila aku buka gambar-gambar ni semula untuk tunjukkan kat aku. Dia boleh explain setiap nama dan sifat kawan-kawannya itu. Semuanya baik-baik katanya. Alhamdulliah, semoga dia dan kawan-kawanya baik-baik belaka.
Tak tahu kenapa tapi aku suka gambar 5 sekawan ni. Harap-harap mereka akan membesar menjadi satu kumpulan yang berjaya dalam karier profesional masing-masing.
Ini gambar secara berkumpulan bersama kawan - kawan. Maklumlah hari ialah hari istimewa untuknya jadi glamour lah sikit.
Mungkin ini gambar rakan birthday Amirun Naufal. Yang lagi sorang tu aku tau siapa sebab kami tak ada kat sana.
Ini mungkin klimax majlis di mana Amirun dinyanyikan lagu Selamat Hari Lahir. Alangkah bertuahnya aku jika juga berada bersamanya pada waktu itu bersama family ku yang lain. Amirun pasti akan bertambah happy seperti Hari Sukan CIC yang lepas. Namun apapun, biar dia gembira dalam dunianya yang perlu dituai mengikut lunas budaya kita.
Wow ... Macam Ketua Menteri Sabah bagi hadiah kat pemenang kejohanan
Dan yang ini untuk awak ye. Ikhlas dari Amirun Naufal
Menunggu rakan lain dengan sabar. Penuh bersemangat Amirun hari ni ....
Terima kasih adik Amirun. Mungkin itu kot yang kawan Naufal ni cakap.
Jadi begitulah meriahnya majlis Amirun sempena hari lahirnya yang ke 6. Aku sampai je di rumah dari pejabat, dia pun bercerita tentang keseronokkannya itu. Walaupun aku kadang-kadang pun tak faham dengan ceritanya yang diselang-seli dengan cerita lain, aku buat-buat faham. Kena lah ambil hati walaupun aku sebenarnya dah penat lepas bekerja seharian.
Apapun yang ini jangan lupa. Selain mama, terima kasih kat Achik dan Ariff. Ariff dah ready cukup bergaya nak merayakan hari jadi abangnya bersama tapi apakan daya tak dibenarkan masuk. Tapi yang pasti, dia pun gembira di hari lahir abangnya kesayangannya.
Selamat Hari Lahir Amirun Naufal
Wassalam.