Friday, 29 June 2012

Catatan Khas - Selamat Pengantin Baru Adik ku - Jeffry Onn Hamzah




Selamat Pengantin Baru buat adikku dan pasangannya. Itulah ayat pertama yang dapat aku katakan dalam blog ni pada posting kali ini. Perkahwinan ini sebenarnya dibuat pada penhujung bulan Mei 2012 di mana Majlis Akad nikahnya dibuat pada 25 Mei 2012 di Masjid Al-Kauthar namun kesibukanku bekerja dan lain-lain keutamaan menyebabkan posting ini lambat dibuat.



Pada malam 26 Mei 2012 adalah majlis persandingan sebelah perempuan. Kami seperti biasa just datang sebagai tetamu. Alhamdullillah kali ini aku dapat datang dengan semua ahli keluarga ku wife dan mon de gebs. Gambar diatas adalah gambar pada majlis pihak perempuan yang dibuat di Dewan Masyarakat Tawau. Hanya adik dan mamanya saja dapat digambar malam tu sebab seperti biasa mon de gebs lagi sorang tu dah naik atas stage tolong kipas pengantin. Mak aku kata, biarkan saja apa dia buat, jangan ganggu, cuma perhatikan saja. Okay lah tuuuuu .



Diakhir majlis sebelum balik, kami ambil kesempatan bergambar dengan pengantin. Dapat juga pujuk Naufal untuk bergambar kalau tak bukan main punya susah nak ajak. Anyway, semuanya ok dan majlis malam tu consider just nice.



Majlis adik aku kali ni ada sedikit kelainan dari kebiasaan. Syukur alhamdulliah artis lagenda veteran Dato' Aziz Sattar, Dato' Mustafa Maa'rof dan Seniwati Mariani sudi datang ke Tawau untuk majlis ni. Sebenarnya aku memang selalu berurusan dengan Dato' Mustafa melalui FINAS sebab aku terlibat dalam Jawatankuasa Wajib Tayang FINAS ni. Jadi dulu Dato' Mus ada bergurau dengan aku kalau ada event kat Tawau, inform lah kat dia sebab dia pun  nak join sekali kalau sihat dan panjang umur katanya. Jadi hari tu, aku SMS Dato' Mus tentang majlis perkahwinan ini dan dia terus confirm ngan aku yang dia akan datang bersama Dato' Aziz Sattar dan Seniwati Mariani. Apa lagi, gembira sakan lah orang Tawau. Maklumlah, orang-orang veteran ini mempunyai value yang tinggi dalam masyarakat. Macam kata YB. Dato' Tawfiq kat aku tempoh hari kat Tawau, bahawa kita membesar dengan filem-filem mereka, jadi samada mereka ini masih aktif atau tidak, ada sesuatu yang kita kena belajar dari mereka.





Pada 31 Mei 2012 adalah Majlis Persandingan sebelah lelaki. Di adakan di Hotel Promenade Tawau dalam Main Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1000 orang tetapi malam itu setup nya hanya untuk 80 meja untuk anggaran 800 orang. Alhamdulllillah boleh dikatakan bahawa semua meja dipenuhi orang. Sekurang-kurangnya tak adalah pembaziran makanan dan sebagainya. Mulanya takut juga sebab 31 Mei itu adalah Hari Pesta Keamatan, jadi ramai kakitangan kerajaan berada di Kota Kinabalu untuk sambutan peringkat negeri tapi nampaknya perayaan tempatan neger Sabah tu tidak banyak mengganggu kehadiran tetamu.




Ini part yang orang tunggu-tunggu dalam majlis ini. Mungkin bagi kita di KL, persembahan orang lama sudah tidak ada ummph tapi di Tawau, aura lagenda itu masih kuat. Bila terdengar Dato' Aziz Satar menyanyi secara live lagu "Oh Mama, Saya Mahu Kahwin' dan "Hantu Jerangkung" manakala Seniwati Mariani menyanyi lagu favourite "Dara Muda", sambutan memang fantastic. Sejak terlibat dalam industri hiburan ni dan attend banyak event, aku masih bagi Grade A untuk persembahan spontan malam tu. Paling istimewa Dato' Mustapha menyanyi lagu keroncong dari Indonesia dan lagu dari filem "Bawang Putih, Bawang Merah" selain lawak jenaka mereka menjadikan majlis persandingan adik aku antara yang menarik bagi masyarakat tempatan.



Antara tetamu kehormat malam itu selain semua artis veteran jemputan, majlis dihadiri oleh YB Dato' Tawfiq Hj. Abu Bakar Kitingan, Pembantu Menteri Kewangan 1 Sabah, Dato' Ahmad Baharom dan isteri, mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan beberapa orang Dato' dan Datin lagi. Semuanya sedang kyusuk melihat persembahan tarian tradisi Sabah yang disediakan oleh Jabatan Belia & Sukan, Negeri Sabah.



Dan keunikannya kali ini ialah kebiasaan majlis perkahwinan di Sabah, semua tetamu akan naik ke atas stage pelamin untuk bersalam dengan pengantin sebelum balik tetapi kali ini, orang ramai berkumpul dan bersalam dulu dengan artis sebelum naik berjumpa pengantin. Suasananya sangat meriah dan aku gembira sebab menjadi sebahagian dari pasukan yang menjayakan event ini. Malam tu majlis terus bersambung sehingga pukul 12.00 malam tetapi aku balik awal lebih kurang pukul 10.30 malam sebab wife aku tak berapa sihat dan Ariff plak tidur sepanjang majlis, jadi aku pun tak ada apa yang nak ditunggu aku pun balik ke bilik. Malam tu hampir semua family bermalam di Promenade Hotel supaya urusan jadi mudah dan senang.

Aktiviti Khas Bersama Artis Jemputan

Flight kami balik ke KL ialah pada 2 Jun 2012. Jadi pada asasnya ada lagi 2 hari di Tawau. Jadi memandangkan para artis pun ada sekali jadi kami dah plan sedikit event untuk diorang sebelum balik ke KL. Siangnya kami bawa mereka ke Semporna dengan 2 kereta. Dato' Aziz Sattar dan Dato' Mus ikut saya, Naufal dan Abg. Zaimie manakala satu lagi kereta ialah Wife aku dan Kak Lis bawa Seniwati Mariani. Di Semporna seperti biasalah, just jalan-jalan kat floating place.




Jalan-jalan sambil makan-makan. Yang penting masa mereka terisi lah sikit. Dato' Mus kata last dia datang Semporna dan Tawau ialah pada tahun 1978. Cuba bayangkan selama 34 tahun. Banyak beza tu. Akupun baru umur macam Ariff je. Tapi dia pun akui, perubahan dah banyak kat Sabah.

Malamnya adalah majlis jamuan tertutup bersama keluarga dan rakan-rakan. Pak long tengah lepak dengan Dato' Aziz Sattar untuk dinner malam tu. Sambil tu, bapa mertua Jeffy juga duduk sekali untuk menghormati majlis santai ini. Malam itu menunya memang standard mak aku lah apa lagi ... ikan  bakar, sotong, udang, ikan masin pedas, ulam, sayur tumis dan pelbagai lagi. Semuanya selera sakan. Chief cook nya ialah Makcik Tun yang bekerja keras memasak dari pagi sampai ke malam. Terima kasih Makcik Tun.


Malam itu, secara kebelutan Dato' Mus diterangkan dengan program menjelajahi Borneo pada bulan Disember ni dan terbitlah ilham untuk buat dokumentari bersama Dato' Mustapha. Nampak berminat sungguh dua orang Dato' ni dengan program ni. Maklumlah untuk mengelilingi Borneo, bukan senang nak buat. Secara kebetukan juga adikku Jeffry Onn adalah Presiden Kelab 4x4 Ekstrem Tawau. Bermula dari malam itu, satu lembaran baru terbuka menjadi ikatan projek. Ini lah namanya rezeki. Bertuahlah kelab tu.


Bincang-bincang juga, aksi hebat kena tunjuk. Malam tu Dato' Aziz Sattar menyampaikan beberapa lagu lama. Sekurangnya terubat juga rindu lama untuk mendengar lagu-lagu zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Bagi aku Dato' Aziz ni selain sahabat, dia adalah peminat setia Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Semua lagu P. Ramlee dia hafal dan mampu dinyanyikan dengan baik. Malam tu, dalam beberapa lagu, dia ada menyanyikan lagu "Berkorban Apa Saja". Memang class. Lagipun pada aku, Dato' Aziz ni sporting orang. Banyak benda boleh kongsi bersama tapi memandangkan dia tu senior, mesti kena tahu cara nak approach nya.

Lawatan & Pameran Kelab 4x4 Ekstrem Tawau Di MPT


Pagi 2 Jun 2012, bertempat di Hotel Promenade Tawau, berlangsung pertemuan tertutup tetamu khas ini dengan Dato' Tawfiq Abu Bakar Kitingan, Pembantu Menteri Kewangan 1 Sabah yang juga ADUN Apas, Tawau. Perbincangan menjurus kepada perancangan program Menjelajahi Borneo pada bulan Disember 2012 di mana ianya ingin dijadikan satu program dokumentari dalam slot tayangan TV komersial. Kepakaran Dato' Mustapha diperlukan untuk menjadikan ianya satu realiti.


Semua ahli kelab pacuan 4x4 membawa kenderaan masing-masing untuk ditunjukkan kepada para tetamu khas pada hari itu. Hari itu seolah-olah hari karnival kereta pacuan 4x4 Tawau sebab lebih kurang 30 kereta  tersusun cantik seperti perbarisan.

Dato' Aziz sedang membaca tulisan yang tertera pada kereta paling unik baginya. Dia sempat bertanya kepada yang empunya kereta berapa agaknya harga sebiji tayar kereta ni dan bila di maklumkan harganya RM 5k, dia kata mak oi. R5 x 4 tayar dah RM 20 k. Itu tayar saja katanya.



Ini pose paling special dari kedua-dua orang Dato' ni. Kedua-dua kereta ini adalah milik Jeffry. Memang eloklah tu, yang merah Dato' Mus suka dan Dato' Aziz plak sangat berkenan pada yang kuning. Mereka kata kalau mereka jadi ikut program menjelajahi borneo tu, mereka akan ikut kereta ni. Amboi ! Borneo tu Dato'. Bukan Johor nak ke Perlis. Antara pulau terbesar di dunia. Kalau aku confirm sakit pinggang.


Kenangan dari tiga lagenda filem melayu klasik. Bergambar di atas kereta pacuan 4x4 paling tinggi sekali diantara kereta yang lain. Kalau kereta ini wujud pada zaman kegemilangan filem melayu di studio jalan Ampas Singapura, rasanya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dah tentu bawa berlakon dan menyanyi bersama Puan Sri Saloma. 



Sebelum bertolak untuk mengelilingi bandar Tawau, Dato' Mus sempat bertanya mengenai enjin kereta yang agak pendek ini. Penjelasan di buat oleh salah seorang Penasihat Kelab, En. Zaimie Hamzah yang juga abang aku. 


Selepas itu, Jeffry dan rangkaian kelab membawa para jemputan melawat kereta pacuan roda 4x4 dan membawa mereka mengelilingi bandar Tawau. Sememangnya aku melihat kedua orang Dato' ini terpegun dengan teknologi kereta ini dan semuanya siap modified dengan keperluan semasa. Memang class dan special.


Lepas mengelilingi bandar Tawau, tetamu khas ini di bawa makan makanan paling famous kat kat Tawau iaitu Sup Tulang Berempah .. Pehhh. Lokasinya kat Pekan Merotai digerai Makcik Salamah keluarga arwah Mak Long. Tengok tu Dato Aziz Sattar tengah menikmati Sup Tulang. Dia kata kat aku selepas menghirup sup yang pertama "Wow ... memang terangkat". Itulah ekspresi Dato' Aziz Satar hari tu. Dato' Mus plak, just cool. Dia memang relax orangnya.

Beginilah kemeriahan makan tengahari tu. Semua menikmati hidangan dengan penuh selera. Kat hujung tu Ariff dan Mama tengah makan. Naufal plak ngan aku sebab Dato' Mus suka layan Naufal dengan bermacam-macam soalan. Selain makan Sup Tulang, kami disediakan dengan makanan jawa Gado-Gado dan lain-lain. Tak silap aku pisang goreng pun ada juga. Memang banyak lah pilihan. Tapi yang paling penting semuanya gembira dengan kehadiran artis lagenda ini.
Di satu sudut plak, mak aku dengan Makcik Tun tengah melayan Seniwati Mariani. Diorang ni memang tak banyak makan tapi banyak bercerita. Biasalah kisah P.Ramlee dulu-dulu. Tapi yang aku respect ngan Seniwati Mariani ni ialah, dia boleh ikut kereta pacuan roda 4x4 tu dari Tawau hinggalah ke Merotai. Jauh gak tu apatah lagi dengan kudrat wanita seusia dengannya. Tak semua boleh tahan beb. Panas tu ... Itu orang kata jangan under estimated orang tua-tua. Kita tak tahu ilmu mereka kat dada.


Lepas makan tengahari kat Pekan Merotai, kami bergegas balik ke hotel untuk check out. Settle check out, lokasi seterusnya ialah Pasar Gantung Tawau. Ini adalah destinasi biasa bagi pengunjung dari tanah Semenanjung bila datang ke Tawau. Sampai sahaja kat Pasar Gantung, seperti biasa mereka semua diserbu untuk ambil gambar. Bukan senang nak jumpa beb. Diorang tahu, sebut saja Aziz Sattar mereka ingat Bujang Lapok, sebut Mustapha Maa'rof mereka ingat Sri Mersing dan bila sebut Mariani, mereka akan ingat Labu Labi. Itulah peranan filem dalam masyarakat.
Kelihatan Dato' Aziz tengah melihat barangan kraftangan Sabah. Dalam Pasar Gantung ni, tetamu jemputan ini dipipin oleh Haji Sabardin yang secara kebetulan mempunyai kedai dalam pasar gantung ini. Jadi senang jika ada urusan pertanyaan mengenai barangan ataupun apa-apa yang mengenai latar belakang dan sebagainya. Haji Sabardin boleh dikira orang senior lah di kalangan penjual kat pasar gantung ini dan amat berpengaruh di kalangan mereka. Dia juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga kami terutamanya Pak Long
Tidak ketinggalan juga bagi Dato' Mustapha Maa'rof. Dia juga tidak mahu ketinggalan untuk bersama menikmati kemeriahan di Pasar Gantung ini. Selain permintaan bergambar dari pelbagai orang disekitar, Dato' Mus juga sempat shopping untuk keluarganya. Tapi Dato' Mus ingin mencari untuk cucunya dan sudah menjadi adat orang seni, gitar juga menjadi pilihan. Seingat aku, Haji Sabardin telah menghadiahkan 2 gitar Filipina ini kepad Dato' Mus sebagai sumbangan peribadinya. Terima kasih Haji Sabardin.
 Walaupun nampak banyak berjenaka tapi Dato' Aziz Sattar ni sebenarnya amat prihatin dalam soal-soal agama. Soal sholat dan sebagainya tidak diabaikan. Sepanjang di Pasar Gantung ni dia kelihatan amat berminat dengan buku-buku agama yang rata-ratanya keluaran dari negara Indonesia yang penerbitan sukar nak dapat di Semenajung. Dato' Aziz memang particular dalam hal ini dan dia boleh descibe dengan detail mana-mana penulis yang hebat dari Indonesia. Itu membuktikan pembacaannya meluas.
Jangan lupa dengan dengan Seniwati Mariani dalam suasana kat Pasar Gantung ni. Dia pun mendapat hasiah gak dari Haji Sabardin sehelai kain batik dan Mariani kata dia nak gunakan untuk salah satu babak lakonan dramanya nanti. Ok lah tu. At least orang menghargai pemberian orang lain. Pak long plak sedang mengawal masa sebab lepas ni nak ke Airport lama sebab Jeffry dan Kelab 4x4 nak tujukkan demonstrasi aksi ekstrem pacuan roda 4x4. Itu adalah consider program terakhir sebelum berlepas ke airport untuk penerbangan pukul 9.50 malam.


Dan sebagai aktiviti terakhir sebelum berlepas ke airport untuk penerbangan pukul 9.50 mlm, kesemua jemputan ini dibawa ke Airport lama untuk demonstrasi aktiviti ekstrem kelab yang mungkin akan ditempuh sepanjang perjalanan mengelilingi Borneo itu nanti. Kelihatan Pak Long aku (Tuan Haji Halik) sedang bersama para jemputan untuk menyaksikan demonstrasi ini. Memang ini banyak kelainan dengan aktiviti di Kuala Lumpur kerana ianya diluar dari bidang hiburan dan nyanyian.

Abangku ada juga mengajak kedua Dato' ni untuk turut serta dalam kereta pacuan 4x4 ni untuk merasakan sendiri thrill dan pengalaman terbenam dalam lopak yang dalam dalam tapi memandangkan ianya agak merbahaya dan kemungkinan air boleh masuk ke dalam kereta, maka sebaiknya mereka hanya melihat sahaja. Itu pun kata Dato' Aziz, mereka dah dapat merasa macam orang yang bawa kereta tu. Lagipun kalau kotor nanti, susah plak nak cuci itu ini sebab hotel pun dah check out.

Salah satu percubaan kereta untuk melepasi lopak atau lubang air yang dalam. Memang kalau tak ada skil yang baik, jangan mimpi boleh buat. Nampak macam senang brother tapi cuba duduk dalam, berasap juga badan.

Tapi yang aku tak tahan Amirun Naufal sampai menangis nak join. Aku kata dalam hati budak ni tak tahu takut. Bila dia dah merayu banyak kali, abang ku ajak dia masuk dalam keretanya dan dapatlah juga dia merasai pengalamannya.

Lebih kurang pukul 5.30 petang. Kami bergerak balik. Salah sorang pakcik ku bawa para tetamu ini ke Old Town Coffee untuk minum petang dan membasah tekak. Maklumlah lama berpanas. Dan lebih kurang pukul 7.30 mlm, kami semua bertolak ke Airport Tawau untuk balik ke Kuala Lumpur. Memang meriah program ni dan semoga ianya kan menjadi kenangan manis untuk semua yang terlibat. 

Aku dan family, serta para artis tiba di Kuala Lumpur pada pagi 3 Jun 2012 lebih kurang pukul 12.30 pagi. Akhir kalam untuk posting kali ini, aku nak ucapkan ........

Selamat Pengantin Baru, Jeffry Onn dan isteri, Norazian Alai

From your brother
Onn Norshal Hamzah and family.
Kuala Lumpur

Wassalam