Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar ... Walilahimda'.
Alhamdulliah aku bersyukur masih diberikan kekuatan dan kudrat yang baik untuk menyambut Syawal selelah genab sebulan kita berpuasa. Dan kali ini saya sekeluarga menyambut hari raya bersama keluarga di Alor Setar, Kedah D.A. Bagi aku kemeriahan tetap ada walau di mana kita beraya. Yang penting ialah mood raya mesti ada. Tapi apapun, yang paling gembira sebenarnya ialah anak-anak kita kerana merekalah sebenarnya simbol kepada kemeriahan hari raya itu. Aku percaya kepada falsafah ini. Kalau anak-anak kita gembira dan sentiasa seronok, ianya mengambarkan pada mata kasar masyarakat ibu bapanya juga begitu dan begitulah sebaliknya. Itulah sebabnya kita dapat melihat sebahagian besar ibu bapa akan berhabis-habisan untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa ceria dan presentable kerana mereka duta mereka pada masyarakat luar.
"Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka-ria ..." Secara tiba-tiba, aku terdengar lagu klasik hari raya nyanyian duet Hail Amir dan Uji Rashid, Seloka Hari Raya ketika aku menulis blog ini. Memang lagu-lagu hari raya ada magnet nya yang tersendiri. Cuba kita bayangkan kalau lagu hari raya tidak wujud ketika hari raya maka kemeriahan hari raya lenyap begitu sahaja. Itulah yang berlaku kepada hari-hari penting yang lain seperti Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa atau mungkin juga Hari Kekasih. Dan melodi hari raya ini memberikan kekuatan dan mood hari raya ini agar sentiasa segar terutama 15 hari sebelum hari raya yang merupakan hari penantian yang menarik. Dan klimaksnya sudah tentu pada hari raya yang pertama.
Berbalik kepada kemeriahan hari raya tahun ini, istimewanya, ini kali pertama aku mengerjakan solat sunat aidil fitri bersama anak sulungku Amirun Naufal. Gembira rasanya di hati. Maklumlah ini kali pertama pada hari raya aku ditemani oleh anak ku sendiri selain aku mula menyedari bahawa masa pantas berlalu. Walaupun sepanjang kat masjid tadi dia tidak putus-putus bertanyakan soalan kepada ku kerana ianya merupakan pengalaman pertama baginya tapi aku tetap gembira kerana sepanjang solat, dia nampak tekun. Insya'Allah ini akan menjadi permulaan yang baik untuknya.
Semenjak sampai kat Alor Setar hari tu, Amirun memang teringin sangat nak naik motorsikal berkuasa besar milik Pak Adik (Faizal). Jadi pagi-pagi lagi lepas saja sembahyang raya, Pak Adik terus bawa mereka sekadar pose kat motor tu ambil gambar. At least tercapai jugalah hajat.
Aksi bermula. Memang payah benar nak ambil Mon De Gebs ni bergambar dalam sesi formal. Mungkin ini budaya budak sekarang. Seingat aku dulu kalau part nak bergambar, orang suruh diam memang diam sungguh tapi bebudak sekarang memang lain sikit. Diorang memang ada trend diorang sendiri. Aksi macam artis dan mereka lebih suka casual trend. Tu yang payah tu. Nasib baik sekarang ni kita dah pakai digital camera yang membolehkan kita mengambil seberapa banyak yang kita suka bergantung kepada saiz memori kad. Kalau dulu yang guna filem 16, 24 atau 32 roll, memang sakitlah.
Bergambar dengan Tok Wan, Mak Tok dan Pak Su nya. Kira ini adalah pose yang paling special untuk tatapan semua terutama Ariff Haiqal yang happy sakan. Untuk keluarga wife aku ni, abang ipar aku dan adik ipar perempuan tak ada bersama kerana mengikut keluarga masingt-masing di Kuala Lumpur dan Jelebu, Negeri Sembilan. Jadi kami tak berapa ramai sangat dalam hari raya kali ini tapi kemeriahannya tetap kekal dan indah.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh Mon De Gebs pada pagi raya ni ialah membantu Mak Tok nya memasukkan duit raya dalam sampul duit raya. Berapa banyak tu aku tak tahu tetapi itu merupakan tugasan Amirun raya ni untuk mengagihkan duit raya kepada tetamu kanak-kanak yang datang.
Dan yang ni plak jadi penyambut tetamu di pagi raya sebab awal-awal lagi dah berdiri depan pintu. Tapi bila dah tetamu datang, dia asyik berkepit je dengan Achiknya sampai Achik susah nak buat kerja. Ketika aku menulis blog ini, Ariff tengah tidur dengan nyenyaknya.
Akhir kalam, aku dan isteri bersama Mon De Gebs, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin. Salam hari ini juga khasnya kepada ibu tercinta, Hjh. Zainon Hj. Abd Wahid, Abg. Zaimie, Abg. Zasnie, Kak Lina, Jeffry dan Dayang Faridah. Tidak dilupakan semua keluarga di Tawau, Kota Kinabalu dan Singapura. Insya'Allah tahun hadapan kita berjumpa.
Bagi di Semenanjung, Salam Aidil Fitri kepada Abg. Eezan dan family, Eezilia dan family, Dee dan family serta semua kawan-kawan yang dikenali.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin
Wassalam