Wednesday, 12 September 2012

Doa Perpaduan Untuk Keluarga

Bila lama tidak menulis ni, rasa tangan macam gatal untuk mencoretkan catatan harian untuk tatapan semua. Sebenarnya aku ada banyak event sepanjang hari raya ini selain aktiviti di pejabat tetapi disebabkan oleh kepelbagaian kerja maka aku tidak punya masa terluang untuk mencatatkannya di dalam blog ini. Sebagai ringkasan, aku menghadiri Majlis Perkahwinan sahabat aku Harith Sherney dengan Saidatul pada hari kemerdekaan di Lahad, Perak, rumah terbuka KDN, lawatan FINAS ke Empire selain beberapa open house yang melibatkan kerja dan keluarga.

Tetapi dalam banyak-banyak aktiviti itu, aku ingin mengulas sedikit hasil pertemuanku dengan family ku sempena percutian keluarga di KL pada 4/9 hingga 7/9 yang lalu. Dia bercerita secara tidak sengaja sesuatu tentang seorang insan yang bukan lah asing dalam keluarga ku mengenai sikapnya yang agak kurang menyenangkan. Dia cuba mengelak dari dipanjangkan tapi disebabkan entah kenapa kali ini aku kuat mendesak maka segalanya dibicarakan. Perkara ini berlaku sejurus majlis perkahwinan adikku pada bulan Mei yang lepas dan hanya aku ketahui pada hari tersebut. Sememangnya aku banyak ketinggalan apa-apa isu yang berlaku kerana aku telah menetap di Kuala Lumpur. Jadi maklumat sentiasa outdated.

Ini bukan kali pertama aku mendapat berita seperti ini melibatkan keluarga dan kenalan di Tawau tetapi kebiasaannya ianya tidak melibatkan aku dan kalau ada pun sipi nya menyapa diriku, ianya hanya bersifat sangat internal. Jadi biasanya aku tak lah ambil kisah sangat. Ini kerana bagiku itu adalah resam masyarakat dan adat berkawan dan keluarga yang saling mengata antara satu sama lain dan akhirnya ia akan habis di situ ditiup bayu masa.

Tapi kali ini sifat berita itu agak berat. Dalam erti kata lain, walaupun intipatinya nampak warak tapi pendekatan penyampaiannya sangat biadap. Ini kerana ianya menggunakan social network dalam kebebasan internet untuk menyuarakan kebenciannya terhadap sesuatu perkara. Dan bagi ku, ini sesuatu yang tidak wajar sama sekali. Aku tidak berminat untuk mengulas apa yang insan ini perkatakan dalam blog tulisannya kerana dalam satu aspek itu adalah haknya. Tapi hakikatnya jika dia menggunakan penulisan untuk menyatakan ketidakpuasan maka tulisan jugalah cara menjawabnya. Dan itu adalah resam dunia. Aku tidak nafikan bahawa social network seperti facebook, blog, Twitter, Fotopages dan lain-lain ini sudah menjadi trend terkini masyarakat celik komputer untuk menyatakan pandangan dan menyuarakan isi hati untuk tatapan umum. Dengan harapan pandangan itu akan memberikan manfaat kepada semua orang tanpa justifasi khusus terhadap mana-mana individu ataupun sasaran. Bagiku sebagai insan yang berpegang kepada kalimah "Asyhaddu'Allah Illa Ha Illallah, Wa Asyhaddu Anna Muhammadar Rasullullah" , setiap yang kita lakukan itu harus mempunyai nawaitu yang jelas dengan tidak boleh mengaibkan orang lain apatah lagi kaum keluarga sendiri.

Seperti yang aku katakan tadi bahawa aku tidak berminat sama sekali membicarakan apatah lagi mengulas komen orang lain terhadap sesuatu perkara kerana itu adalah haknya. Tetapi dalam blog ini, aku sekadar ingin memberikan peringatan kaum keluraga, sahabat handai dan lain-lain bahawanya setiap apa yang kita lakukan ini ada batas dan caranya. Ibarat sebilah pisau, jika digunakan untuk kebaikan maka jadi lah ia alat di dapur, kebun dan lain-lain tetapi jika digunakan untuk keburukan maka ianya boleh digunakan hingga mencabut nyawa orang lain. Itulah perumpamaan nya. Sebab itu Allah jadikan kita ini dengan otak untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu dan kudrat untuk berikthiar secara fizikal.

Aku kaitkan semua peringatan ini dengan budaya social network yang diamalkan sekarang. Jika sesorang itu tahu menggunakannya maka ianya sudah tentu boleh membawa kebaikan. Umpamanya menjadikannya alat pengiklanan untuk perniagaan, dakwah dan tazkirah, perpaduan keluarga dan lain-lain. Maka sudah tentu ianya boleh membantu ke arah kebaikan tetapi begitulah juga sebaliknya. Harus di ingat social network ini adalah medium interaksi ciptaan yahudi. Bila kita sentuh sahaja soal yahudi, jangan sekali-kali percaya ketelusan produk mereka. Pasti akan ada tujuan yang tersirat. Dan hakikatnya memang jelas kerana melalui internet yang terbuka ini maka keburukan bijak menyusup di sebalik kebaikan yang menonjol.

Sebagai renungan kita bersama, penguasaan terhadap penggunaan social network ini sudah semakin hebat dan tidak terkawal. Mengikut kajian Socialbakers, sehingga blog ini ditulis, pengguna interaksi facebook di Malaysia ialah 12.8 juta orang yang merupakan negara yang 19 di dunia dan pengguna internet pula meliputi 75.89% dari jumlah keseluruhan populasi penduduk di Malaysia. Cuba bayangkan pengaruh alam maya ini dalam konteks negara kita. Ia bukan sahaja boleh membunuh karaktor seseorang malah boleh menumbangkan sebuah kerajaan jika di salah guna. Dan jumlah ini akan sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Cuba bayangkan kalau keburukan orang lain diapungkan di alam maya maka apa akan jadi akibatnya. Tepuk dada tanya selera.

Dalam berbicara tentang azam yahudi ini, aku teringat tazkirah dari seorang ustaz ketika aku belajar dulu di mana disebut, selepas sahaja Baitul Maqdis ditawan oleh tentera Khalifah Sallahuddin An Ayubi, ketua tentera yahudi ketika itu memberikan peringatan kepada tenteranya untuk disampaikan kepada umatnya yahudi seterusnya bahawa jika mereka (tentera yahudi) ingin merampas semula Baitul Maqdis dan seterusnya menewaskan umat Islam, mereka tidak boleh menentang secara berdepan kerana kekuatan umat Islam sebenarnya bukan terletak kepada tubuh badan dan senjata tetapi iman dan kepercayaan mereka. Bermula dari situlah, umat Islam ditawarkan dengan racun duniawi yang serba mengkhayalkan seperti arak, perempuan, hiburan yang melampau, sukan dan lain-lain dengan tujuan meranapkan iman dan kepercayaan umat Islam seterusnya melemahkan mereka. Dan terbukti wasiat yahudi itu berjaya dan Islam tewas di Palestin hingga kini.

Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus menjauhkan semuanya kerana Islam sebagai agama yang syumul tidak menghalang perkara-perkara tertentu seperti hubungan lelaki perempuan, hiburan, sukan dan sebagainya tetapi ada batas-batas syariat yang harus dijaga kerana tema Islam itu yang membudayakan amalan amar maa'ruf nahi munkar. Dan program menjahanamkan iman orang Islam itu sebenarnya masih diteruskan dan tersembunyi dalam permukaan kebaikan dan ianya muncul salah satunya dalam latest trend communication - Social Network. Aku tidak bermaksud kita mengharamkan sepenuhnya kerana aku juga menggunakan medium interaksi seperti blog ini dan tidak dinafikan ianya boleh membawa kebaikan tetapi cumanya kalau ianya tidak dikawal dengan sempurna tidak mustahil pada generasi akan datang segala propaganda yahudi dapat disalurkan tanpa kawalan kepada minda umat Islam melalui social network ini dan akan menjadi pedoman yang akhirnya nanti mampu menggantikan Sunnah Rasullullah dalam amalan kehidupan kita. Na'uzubillahi Min Zaliq. 

Adakah ini mustahil? Jawapannya tidak. Aku cukup yakin dengan apa yang aku katakan. Sebab itu bila adik aku bercerita tentang seorang insan yang nampak warak menggunakan blog untuk mengecam kaum keluarganya sendiri dengan tuduhan-tuduhan yang memalukan yang akhirnya mengaibkan keluarganya sendiri, aku pasti, inilah yang golongan yahudi itu mahukan. Ini kerana blog adalah untuk tatapan umum. Ianya bukan bersifat personal. Bercerita masalah keluarga dan mengutuk orang lain ibarat membuka pekung di dada yang sudah lama bersarang basi. Lebih memalukan lagi apabila insan ini membuat perbandingan di antara keluarganya sendiri dan akhirnya wujud perpecahan yang nyata pada keluarganya melalui komen-komen menyokong dan menentang di kalangan ahli keluarganya sendiri yang sememangnya sedia wujud tapak keretakan tapi belum berpecah. Sesungguhnya inilah mahluk yang paling disukai oleh syaitan. Mahluk yang suka melihat kepada perpecahan dan kehancuran.

Sebagai umat Islam yang berpandukan kepada ajaran Al Quran dan Sunnah Nabi, kita harus jelas arah tuju kita walaupun konsepnya adalah berdakwah. Jika kita mempunyai masalah dan ada kemusykilan mengenai sesuatu perkara, dalam Islam ada cara tarbiyahnya. Kita disunatkan untuk bersemuka dan memberikan penjelasan sewajarnya mengikut nas-nas yang sahih tanpa perlu untuk mengaibkan orang lain. Dengan nawaitu yang betul, Insya"Allah orang-orang di sekeliling kita akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Janganlah sekali-kali kita bermuka-muka baik tapi dalam hati adalah sebaliknya dan akhirnya ianya diluahkan kepada umum tanpa ada asas-asas yang sahih. Apatah lagi ianya melibatkan isu keluarga yang seharusnya diselesaikan di kalangan ahlinya sahaja tanpa perlu diwartakan kepada orang lain untuk tujuan komersil diri. Dan selepas kita memberikan teguran yang baik diikuti dengan contoh yang betul, selebihnya kita berdoa untuk bertawakkal kepada Allah SWT. Itulah yang sewajarnya.

Aku bangkitkan isu ini kerana secara tidak langung aku juga merasa tersentuh kerana tulisan blog itu sebenarnya bila ku baca berulang kali ianya bukan menyerang watak dalam cerita blog tersebut. Tetapi ianya memberikan gambaran serangan bersifat peribadi kepada adik lelakinya sendiri yang digambarkan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan majlis keluarganya. Sama seperti pendekatan yahudi tadi di mana yang diburu lain tapi yang dibunuh orang lain. Gambaran itu jelas menunjukkan sifat tiada kepimpinan pada adiknya sendiri dalam keluarganya sedangkan pada pengamatanku, adiknya itu mempunyai kreadibiliti yang tersendiri di mana jika abang yang sulung tiada, maka dia lah yang dilihat sebagai tokoh yang mampu memimpin keseluruhan legasi keluarganya. Itu pandangan ikhlas dariku. Jika ada pandangan yang lain, aku tidak perlu tahu kerana ianya tidak ada kena mengena denganku. Dan memang dalam urusan keluarga ni, soal yang yang baik kita harus tahu tapi yang tak baik, hanya orang terlibat sahaja kena tahu dan yang penting orang terlibat itu kena selesaikannya. Insya'Allah legasi keluarga akan kekal lama. Sebab itu kita digalakkan untuk mengadakan majlis keluarga melalui pertemuan, majlis makan malam keluarga, berkelah bersama keluarga, melancong jika mampu dan sebagainya untuk mengeratkan lagi silaturahim itu. Bukannya ketawa bersama tapi dalam diam menanam racun untuk disemburkan kepada alam tanpa memberikan ruang kepada penjelasan. Inilah sebenarnya sebahagian bida'ah yang sebenarnya yakni sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasullulah.

Bidaah itu perbuatan yang dicela pada syara' berdasarkan kepada salah satu hadis berikut :-

وإياكم ومحدثات الأمور ؛ فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: "dan berjaga-jagalah kamu daripada mengada-adakan perkara agama kerana setiap yang diada-adakan dalam agama itu adalah bidaah dan setiap bidaah nitu membawa kesesatan" - Abu Daud, Ibn Majah, At Tarmizi, Sahih.

Oleh yang demikian, aku merayu kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini, jadikan lah medium social network ini untuk tujuan kebaikan. Namun jangan sekali-kali kita mengaibkan orang lain atas alasan kebaikan kerana itu adalah amalan dan rupa bentuk syaitan yang sebenarnya. Tulis lah benda-benda kebaikan kalau tidak pun harus memberikan gambaran umum untuk kepentingan ummah. Jangan letakkan diri orang lain dalam keaiban kerana Islam ada cara mengatasi masalah ummah. Menyentuh soal keluarga, jangan sekali-kali menjual hal ehwal keluarga kepada orang lain. Hal keluarga adalah maruah diri kita. Maruah harus dijaga. Jangan gadai maruah keluarga untuk dilacurkan oleh orang lain. Kalau ada masalah sekali pun, duduk, bincang dan selesaikan. Sayangilah keluarga kita ibarat kita menyayangi diri kita sendiri. Pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang sahih di mana ketika Rasullulah SAW sedang bersama dengan sahabat di sebuah rumah maka lalu segerombolan manusia mengusung jenazah seorang berbangsa yahudi, lalu secara tiba-tiba Rasullulah SAW pun menangis. Lantas ditanya oleh para sahabat kenapa Rasullullah SAW menangis sedangkan itu adalah bangsa yahudi yang ternyata musuh Islam, maka jawab Rasullullah SAW "....aku menangis kerana ia tetap mahluk yang diciptakan Allah ......". Begitulah se ingatku tentang hadis tersebut dan maaf jika ada yang terkurang. Tetapi sebagai pengajarannya, kalau pun tidak mampu menjadi seperti Rasullullah SAW yang mencintai dan menyayangi keseluruhan ciptaan Allah SWT, sekurang-kurangnya jadilah umatnya yang mencintai keluarga dan sahabatnya.

Semoga coretan ini boleh membawa manfaat kepada semua keluarga dan sahabat handai. Sesungguhnya sebagai insan yang lemah kita tidak pernah terlepas dari kesilapan. Yang baik datang dari Allah SWT dan yang lemah adalah diri kita sendiri. Bagi kalam seorang pendeta, "jika seseorang itu bercerita tentang orang lain, sebenarnya dia menggambarkan begitulah dirinya yang sebenar. Kalau baik ceritanya maka baik lah gambarannya dan kalau sebaliknya maka buruklah gambaran dirinya". Jadi sentiasa lah bercerita mengenai kebaikan orang lain, dan tentang apa juga keburukan yang tersurat, laksanakan muzakarah dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT menentukan hidayahnya. Allahualam

*** Mengenang Arwah Nenek, Hjh. Zainab Ongah yang tidak celik komputer tapi tahu mendidik anak-anaknya menjadi keluarga yang bersatu padu dan sayang-menyayangi antara orang lain. Semoga dirinya ditempatkan bersama orang yang beriman. Al fatihah.

*** Kepada Tn. Hj Karim Hj. Abd. Wahid - Jika ditakdirkan ada rezeki sebagai calon dalam PRU 13, satu undi pasti dariku untukmu. Undi yang akan membawa kemenangan majoriti. Insya'Allah.

Wassalam