Indahnya Bandaraya Metropolitan Seoul, Korea Selatan. Itulah ayat pertama yang dapat aku tulis dalam coretan kali ini. Seperti yang telah dirancang diperingkat awal, aku akan melawat Seoul di mana terdapat rangkaian pawagam dan restoran milik syarikat yang hendak dilawat dan dilihat. Lawatan aku ke Seoul ini bermula 11 hingga 17 November 2012. Ini pengalaman paling menarik bagiku dan aku tidak ditemani sesiapa dari Malaysia hanya rakan sekerja di Korea yang akan bersama sepanjang lawatan ini.
Alhamdullillah aku sampai di Lapangan Terbang Incheon pada hari Ahad yang lepas ku 8.30 pagi waktu tempatan. Sejam lebih cepat dari waktu kita di Malaysia. Seperti yang aku katakan, aku di Seoul ini atas urusan kerja selama seminggu bersama syarikat kerjasama CJ Group yang merupakan rangkaian hiburan dan industri makanan terbesar di Korea Selatan. Yang menariknya, jadualku agak casual dan tidak ketat. Macam melancong juga lah sifatnya. Kalau aku nak ceritakan pasal syarikat Korea tu rasanya sampai esok tak habis. Ini kerana ianya memiliki legasi yang terbesar di Korea dan di dunia di mana pengasasnya ialah Cheidil Jedang adalah juga pengasas kepada rangkaian syarikat Samsung yang kian terkenal kini.
Aku di sambut oleh Seoul dengan kedinginan hujan sonata dengan suhu antara 5' ke 7' darjah celsius. Memang sejuk lah bagi aku. Berasap-asap mulut aku bila bernafas. Cuaca macam ini bukan boleh dapat kat Genting Highland atau Bukit Fraser, tetapi mungkin hanya di puncak Gunung Kinabalu. Ya, kerana aku pernah merasainya. Memandangkan aku dah sampai awal di Seoul tapi hanya boleh check in dalam pukul 2.00 ptg, maka aku just relax kat lobby hotel menunggu masa untuk check in. Sambil tu, ada juga sekali sekala lepak kat luar ambil udara sejuk dan segar.
Aku stay kat Hotel Ramada dalam daerah Dongdaemun, Seoul. Semua ni pihak syarikat kat Korea yang arrange kan. Aku stay saja. Hotel not bad dan bagi aku sangat-sangat puas hati. Bersih, aman, kemudahan standard dan menepati kriteria hotel yang baik bagi aku. Apatah lagi aku di beritahu bahawa Dongdaemun ada pasar malam paling gempak sekali untuk membeli belah. Hanya jalan lebih kurang 10 minit maka kita akan sampai gerai jualan yang bermula pada 10.00 malam sampai 4.00 pagi. Fantastic.
Toilet pun consider luas. Tempat mandi tu ada kat tepi. Mandi berendam lah sepuasnya. Untuk family, aku memang recommend hotel ni.

Hotel ini terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul. Kalau guna teksi dari Incheon Airport ke Ramada Hotel lebih kurang 1 jam 30 minit dengan bayaran kira-kira Korea Won 65500 bersamaan lebih kurang RM 195.00. Tapi ingat kalau nak sebut dengan pemandu teksi kena sebut betul-betul sebab Ramada Hotel ni ada beberapa cawangan dan nama tempat plak hampir sama sepert Dongdaemun, Nangdaemun dan lain-lain.
Bilik simple je tapi cukup selesa. Aircond? Tak payah aircond sebab buka je cermin kecik kat jendela tu akan terasa lah sejuk hawa dingin yang paling asli. TV plak ada lebih kurang 10 channel termasuk sukan dan CNN news. Harga biliknya dalam RM 270.00 satu malam beserta breakfast.
Kalau rajin tu boleh lah basuh kain sendiri. Tak payah hantar dobi. Mesin ni ada special pengering punya. Tak payah sidai kain lama-lama. Tapi aku tak guna pun. Bekalan pakaian mencukupi. Siap dengan dapur gas elektrik untuk memasak kalau perlu. Toilet pun consider luas. Tempat mandi tu ada kat tepi. Mandi berendam lah sepuasnya. Untuk family, aku memang recommend hotel ni.
Sepanjang kat Korea ni aku akan melawat banyak kawasan seperti Dongdaemun, Apkujung, Nang Daemun, Gangnam Dae, Itaewon, Yeikidu, Yeong DongPu, Namsan dan lain-lain lagi. Yang menguruskan penjalanan ini dan menemankan aku sepanjang di Korea ini semestinya rakan sekerja ku dari Korea Mr. Sam dan Mr.Jung. Keduanya very friendly dan helpfull. Banyak juga maklumat berguna untuk aku ketika ini dan memang banyak yang dapat aku lihat dan pelajari untuk kegunaan aku di Malaysia nanti. Lepas je aku check in, rest kejab dan kejab lagi Sam (Sang Yong Kim) akan call aku untuk jalan. Untuk memudahkan urusan aku kat Korea, Sam ni pun stay sekali kat Ramada Hotel dengan bilik sendiri. Aku bilik 603 dan Sam kat 105. Punya baik company ni nak layan aku semata-mata, sanggup hantar orang stay kat hotel sama.
z Z z Z z Z z z. Kring ... Kring ... Kring. Phone aku berbunyi. Rupanya aku tertidur sekejab tadi. Maklumlah flight dari KL pukul 1.00 pg dan sampai kat Incheon, Korea kul 8.30 pagi. Letih lah jugak. Sam ajak aku jumpa kat hotel lobby. Jam dah tunjukkan kul 5.00 ptg. Tapi kat dari jendela aku tengok dah gelap. Tak kisahlah. Mandi dan tukar baju kejab, pastu terus turun ke lobby.
"Welcome To Seoul". Itu ayat pertama keluar dari mulut Sam bila aku berjumpa di kat lobby. Selepas kami relax kejab kat lobby di mana dia brief aku tentang program kami sepanjang seminggu ni dan lepas tu kami keluar. Hanya berjalan lebih kurang 100 meter, kami sampai kat lokasi pertama milik CJ Group. Bermula lah sesi jalan-jalan sambil menerangkan operasi pengurusan perniagaan.
Antara jualan roti yang menjadi juadah jualan. Mereka memiliki proses pembikinan roti yang ketat dan polisi yang jelas untuk memastikan kualiti tidak terjejas.
Design klasik ala eropah untuk menyedapkan mata semua pengunjung
Kek dengan pelbagai rasa juga ada di jual. Ini adalah produk alternatif kerana produk utama ialah roti eropah.
Sebenarnya banyak lagi gambar boleh ditunjukkan sebab bangunan ini besar tapi aku tunjuk yang selected saja. Lepas tu kami pun rest kejab dan minum kopi. Kelihatan Sam sedang berada kat kaunter untuk tempahan minuman.
Itaewon
Lepas dalam lebih kurang setengah jam, kami bergerak ke Itaewon. Kali ni Sam perkenalkan aku ngan teman wanitanya yang membawa kereta Hyundai Sonata model X yang tak ada lagi kat Malaysia. Memang selesa dan gedabak kereta tu. Katanya temannya itu seorang Jurutera Mekanikal kat Hyundai. Tapi memandangkan temannya tu tak tahu berbahasa Inggeris, jadi aku biarkan Sam saja yang layan cakap. Aku lepak je kat belakang layan sejuk cuaca.
Ini peta jalan untuk bandar Itaewon. Besar beb. Suasana nya macam Bukit Bintang KL ataupun tidak macam Orchard Road Singapore.
Pemandangan waktu malam bandar Itaewon. Memang menarik dan unik sebab ianya hidup dan berseri-seri dengan warganya yang pelbagai.
Dalam kesibukan aku ambil gambar dan melihat persekitaran, aku minta Sam jalan je dulu, aku akan follow. Kalau nak ikut aku nanti lambat. Tapi suasana memang sejuk gila. Hujan plak tu. Aku pun follow je couple ni tapi aku lupa nak tanya ke mana nak pergi.
Rupa-rupanya mereka nak carikan tempat makanan halal untuk aku. Sam kata teman wanitanya dah cari dalam internet untuk dapatkan tempat makanan halal dan dia dapati banyak tempat halal yang boleh dilawati tetapi bandar Itaewon yang paling banyak makanan halal ala arab. Betul-betul macam Bukit Bintang KL. Kesian gak aku tengok diorang ni. Tapi tak apalah kalau tak aku yang lapar.
Peehhh. Macam kat Dubai. Insya'Allah ada rezeki aku sampai gak kat Dubai tu. Inilah setup untuk restoran ni dan majoritinya adalah orang arab. Ada gak nampak orang Korea tapi pak Arab lah yang control.
Nak apa? Beriyani Ayam, Beriyani Kambing, Kebab Daging bla bla bla, semuanya ada. Harganya ok lah. Standard international. Nak buat camna? Rasa plak .... perfect.
Sam dan temannya dah ready untuk makan. Bukan aku yang order, diorang yang order. Nasib baik aku bagi stop order kalau tak, ntah apa-apa yang di mintanya. Maklumlah ikut kata Sam, "....Onn, thank you very much because you bring us here. Before that we not even know about halal food in Korea even though we're Korean ..". Dalam hati aku bukan aku yang bawa ke sini, korang yang bawa. Tapi aku faham maksudnya. Anyway, malam tu memang kenyang gila dan yang paling best tu ..... diorang tak bagi aku bayar. Ditanggung beres pak .....
Lepas makan kami pun jalan-jalan di sekitar bandar Itaewon tu untuk lihat sekitarnya. Aman, damai dan sejuk. Lebih kurang sejam jugak kami dalam bandar tu selepas makan tadi. Lepas tu aku cakap dengan Sam, "Its ok. I know both of you are tired. We go back to hotel. Lets take rest". Sam pun ok dan kami pun drive balik. Bukan apa aku tengok temannya tu baru balik kerja sudah tentulah penat. Apapun masa masih panjang di Seoul, kita boleh lepak lagi lain hari.

Wassalam