Awal pagi ni aku bangun. Semalaman susah nak tidur sebab sejuk. Biasanya kalau kat rumah kita letak aircond sampai 16' C pun kadang-kadang masih terasa panas lagi. Tapi kat sini, aircond langsung tak buka tapi sejuknya sampai ke tulang. Itulah kuasa tuhan. Tak kan manusia mampu menandinginya.
Selepas mandi dengan air panas dengan puas aku pun bersiap nak ke office. Jaraknya lebih kurang 30 minit dari Dongdaemun ke Sangnam Du. Lepas sarapan aku dan Sam bertolak terus ke destinasi.
Sampai je kat Sangnam Du, Sam kata relaks jab nak hisap rokok. Aku plak ambil kesempatan menghirup udara segar dan nyaman waktu pagi. Waktu ni lebih kurang pukul 8.20 pagi. Awal lagi tu. Kat Malaysia awal sejam jadi perkiraan aku ialah waktu tempatan Malaysia lebih kurang pukul 7.20 pagi waktu ini.
Bila semua dah selesai, aku dan Sam pun naik ke office kat Tingkat 9 dan 10. Jumpa kejab dengan VC dan DP dalam lebih kurang 1 jam dan lepas tu cam biasa, lepak lah kat tingkat 6 untuk minum kopi. Standard lah tu. Chit chat ngan kawan-kawan kerja kat Korea sampai lah tengahari. Selama ni banyak interaksi pakai email dan VC je. Sam ajak pi kat hotel sebelah untuk lunch ada menu arab katanya. Aku pun ikut je lah.
Ini adalah hotel kat sebelah office aku. Full booked. Kalau ikut Sam sepatutnya stay kat sini lah tapi risikonya plak jauh kalau nak pergi visit. Aku ok je. Sam ajak ke sini untuk lunch buffet.
In menu aku tengahari ni. Maklumlah, kita orang Islam bukan boleh sembarangan makanan boleh ambik yek. Kena lah ikut syariatnya. Tapi aku ni bab makanan tak ada masalah sangat. Aku dah set my mind on this. Yang penting ialah knowledge yang kita nak belajar.
Lepas makan tengahari, macam biasa kami lepak kat luar office. Memang ramai dan jadi budaya orang Korea suka lepak tengahari sambil menghirup udara sejuk. Siapa yang smoking tu memang 2 ke tiga batang rokok boleh settle. Aku plak berlakon macam orang Korea lah konon lepak kat luar padahal sejuk nak mampus walaupun tengahari. Lebih kurang pukul 2.30 ptg, kami naik office dan kami lepak lagi dengan kawan-kawan sambil minum kopi. Kali ni dengan budak-budak dari Jabatan Analisa dan Projek plak dari tingkat 10.
Lebih kurang pukul 5.30 ptg, jumpa Group President (GP) for just to say Hi dan lepas tu gerak balik. Kali ni Mr. Jung Dae - Manager Global Bussines akan ikut sekali. GP pun dah kata Jung akan follow aku sepanjang lawatan kerja di Korea ni. Keluar je dari office, kali berjalan kaki dalam 100 meter untuk ke station TV broadcasting milik syarikat untuk melihat beberapa aktiviti untuk rakaman TV. Aku cuma melihat proses itu dibuat dan bagaimana persediaan krew sebelum broadcast.
Ini adalah program TV realiti yang paling famous kat Korea. Aku pun tak ingat dalam bahasa Korea apa sebutannya. Konsepnya macam program Mentor, Akademi Fantasia dan lain-lain. Programnya sudah tentu untuk mencari bakat-bakat baru untuk menghiasi budaya muzik Gangnam dan K-Pop yang kian terkenal kini. Sebenarnya disekeliling aku ketika ini ialah barisan penonton yang bersedia dak masuk ke dalam dewan persembahan. Kami masuk ikut back stage.
Ini plak adalah studio setup untuk program waktu pagi seperti Selamat Pagi Malaysia, Forum dan lain-lain yang menampilkan tokoh-tokoh terkenal untuk diwawancara. Tajuk program ialah "People Inside". Antara yang pernah tampil dalam program ini ialah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Tokoh sukan pula pernah membariskan Park Ji Sung, Zinadine Zidane dan lain-lain. Aku plak he he he .. ambik gambar je. Satu hari nanti mungkin akan ada slot untuk aku tapi tak tahu atas kapasiti apa. Insya'Allah.
Selepas penat kat dalam broadcast station ni, kami pun bergerak keluar. Aku terdengar Sam bercakap dengan Jung aku confirm diorang bercakap pasal aku tapi bukan mengutuk cuma diorang nak set nak dinner kat mana makanan halal. Aku terus menyampuk, "Don't worry about me, I know how to get my meal. Just go wherever you like, I will decide later ...". Kita kena profesional dalam hal ni. Jangan susahkan orang lain disebabkan kita. Lagi satu nanti orang kata orang Islam ni ekstrem sangat. Dah lah mereka tak faham sangat pasal muslim ni. Aku tak mahu nanti ada perspektif yang tak betul. Memang kita kena firm soal makanan tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Ini prinsip aku bila berhadapan dengan situasi seperti ini.
Mulanya Sam dan Jung berkeras jugak nak cari makanan yang yang halal. Tapi memandangkan tempatnya semua jauh-jauh jadi aku tak nak susahkan diorang. Lagi pun aku ada bekalan maggi dari Malaysia he he he. Makanan kegemaran warga kampus. Bincang punya bincang, kami decide balik hotel dulu pastu baru gerak cari makan sekitar kawaswan hotel di Dongdaemun.
Sampai je hotel, apa lagi aku belasah maggi secukupnya sebelum keluar semula. Aahhgh kenyangnya, Alhamdulillah. Siap kejab, just tukar pakaian dan turun semula kat lobby hotel kul 7.30 malam. Malam tu memang indah sekali macam bujang lapok je berjalan bertiga aku, Sam dan Jung kat bandar Dongdaemun tun dengan cuaca yang sejuk dan nyaman. Jauh gak kami berjalan samapi rasanya aku pun tak ingat macam mana nak balik kalau sorang-sorang.
Pemandangan di sekitar jalan sepanjang jalan Dongdaemun. Sam inform kat kau, bermula dari pukul 10.00 mlm, orang akan menjadi lebih ramai dan gerai baru dibuka. Kemuncaknya ialah pukul 12.00 mlm sampailah 3.00 pagi setiap hari. Hebat .. hebat warga Korea.
Sambil-sambil jalan tu aku ambil pose kat persekitaran. Nampak relaks je padahal sejuk ni. Tengok je mamat Korea kat belakang kanan aku tu, dah lah pakai baju sejuk tapi menggigil lagi beb. Aku cakap kat Jung, "Please faster take my picture ....." Snap...... Lepas tu kami lepak-lepak minum kopi, he he he minum kopi lagi dan balik hotel. Esok nak berjalan-jalan lawat cawangan plak, kena rest cukup-cukup.
Sampai hotel lebih kurang kul 10.15 malam. Lepak kat lobby kejab dan chatting online ngan wife tersayang sebelum naik ke bilik. Tengok TV dan lebih kurang pukul 12.30 mlm waktu Korea .. ZzZzZzZzZz ....
Kita sambung nanti .........

