Friday, 28 December 2012

Bermulanya Alam Persekolahan Dalam Diari Hidup Amirun Naufal



Masa berjalan memang pantas. Ketika minda ku masih lagi kuat teringat ketika aku mula-mula menjejaki alam persekolahan di S.R St. Patrick, Tawau dulu ditemani oleh arwah bapaku, dan rupanya anak sulungku menyambung legasi persekolahan dengan sekolah rendah Tahun Satu pada tahun ini. Itulah ertinya masa. Lalu ku bisikkan ke telinga anakku pada hari ini bahawa ini adalah sejarah indah yang akan dia kenang satu hari nanti. Jadi jangan persiakan detik ini.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong yang mengikut Guru Besarnya merupakan sekolah ketiga terbaik dalam Petaling Perdana dengan pencapaian 78 murid mendapat 5A dalam UPSR tahun 2012.

Hari ini, 28 Disember 2012, Jumaat merupakan hari orientasi bagi budak tahun 1 Sekolah Rendah Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong bagi Sesi Tahun 2013. Amirun Naufal telah disenaraikan di sekolah ini oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor walaupun sekolah asal yang diminta ialah Sekolah Rendah Desa Milinenium, Taman Equine kerana jaraknya agak dekat dengan rumah. Tapi bila jabatan pelajaran menetapkan di sekolah Seksyen 1 ni, aku sepakat dengan wife untuk tidak mengubahnya. Kami percaya pasti ada rahmatnya.

Hampir sebulan rasanya kami sibuk membuat persiapan untuk Amirun Naufal memasuki alam persekolahan. Itu tidak termasuk adiknya Ariff Haiqal yang akan masuk ke sekolah tadika tahun ini dan aku akan buat coretan khas untuknya nanti. Memandangkan hari ini hari Jumaat jadi aku dan wife terpaksalah ambil cuti untuk bersama dalam program ini. Untuk hari pertama ini, Amirun Naufal nampak cukup bersemangat untuk ke sekolah dan semuanya amat pantas persiapannya pagi ini. Aku harap ini dapat dikekalkan selamanya, Insya'Allah.

Amirun Naufal sedang berbaris dengan 'temporary classmate' dalam Zamrud 1

Lebih kurang pukul 7.20 pagi kami dah sampai di perkarangan sekolah. Kalau ikut aturcara yang bermula pada pukul 7.40 pg hingga 8.30 pg adalah pendaftaran pelajar. Jadi sambil-sambil menunggu tu sempat juga pekena kuey teow dari kantin sekolah. Memang tepat pukul 10.40 pg, pengumuman dibuat melalui pembesar suara untuk memanggil semua kanak-kanak dan ibu bapa ke perkarangan perhimpunan untuk sesi pendaftaran. Untuk permulaan, Amirun didaftarkan dalam Kelas Zamrud 1. Selepas tu dipecahkan di mana ibu bapa bergerak ke dewan kelas untuk sesi taklimat ibu bapa dan pendaftaran pembayaran.

Taklimat Ibu Bapa yang diberikan oleh Guru Besar Sekolah dan Penyelia Sesi Petang  tentang latar belakang sekolah, program dan juga peraturan-peraturan sekolah.

Sementara menunggu murid-murid berada dalam sesi orientasi bersama guru-guru mereka, kami ibu bapa terlibat dengan sesi taklimat dan pendaftaran pembayaran. Cuma program ini agak terganggu dengan kesilapan teknikal awal di mana LCD Projector tidak berfungsi dan program lewat 1 jam sementara menunggu technician datang. Sebenarnya dalam hal seperti ini, pihak sekolah tak perlu tunggu sampai 1 jam untuk setup projector tu. Just buat announcement kepada sapa-sapa ibu bapa yang ramai-ramai menunggu tu yang ada kepakaran dalam IT dan technichal untuk tampil ke depan untuk tolong setup projector tu, mesti ada yang boleh buat punya. Tapi tak apalah, sebab perkara tu bukanlah mencacatkan sepenuhnya program tersebut. Jadi sementara menunggu tu sebahagian besar ibu bapa terus buat pendaftaran pembayaran. Kos yang dikenakan RM 75.00 campur RM 50.00 untuk PIBG. Lepas semua selesai, kami dibenarkan pergi ke kelas dan mengambil anak-anak balik.


Amirun Naufal kat dalam kelas bersama rakan-rakan. Dia kata hari ini cukup best dan dapat ramai kawan. Tanya salah satu nama kawan, dia kata tak tahu.


Sebelum balik rumah sempat lagi bergambar dengan mama nya. Semoga hari ini menjadi titik bermulanya kejayaan dalam hidupmu ... Amirun Naufal - 28/12/2012