Friday, 14 December 2012

Wingsipiri .. Yongsan .. Yeongdungfu

Oopps .... secara tetiba je aku dapat banyak tugasan sehingga tertangguh sikit tulisan ni. Jadi tak sermpatlah nak sambung catatan awal pada hari ke empat di Korea. Ok lah, hari ni dah hari keempat aku kat Seoul jadi program aku masih dalam status melawat. Seperti biasa, bersiap waktu pagi dan terus turun sarapan dan jumpa Sam kat hotel lobby.


Ini tempat yang pertama aku sampai, Wingsipri Mall. Dalam ni ada panggung juga lah yang bertarap IMAX dan unik. Kompleks nya tak lah besar mana tapi cukup selesa dan bersih. Yang unik nya kalau nak banding dengan Malaysia ialah pukul 8.30 pagi kedai dah buka dan orang pun dah ramai.


Lepas dari Wingsipri, kami ke Yongsan Station. Agak sibuk juga kompleks ni. Kat perkarangan luar kompleks ni ada majlis makan ayam percuma. Wow .... tapi aku tengok je, maklum je lah tak halal rasanya. Lupakan pasal hal tu. Dalam kompleks ni yang menariknya ada Digital, IT and Electronik centre yang jualan harganya memang menarik. Macam-macam jenama ada tapi yang paling banyak sudah tentunya Samsung dan LG sebab itu adalah local brand kat Korea.


Sebelum masuk panggung tu ada KFC. Rasa berliur gak nak makan. Akupun saja lah tengok-tengok menu dan tetiba oppps ada benda tu gak. Then .... good bye KFC. He he he.

Sambil-sambil aku membuang masa untuk melihat kompleks kat Yongsan Station, kami pun berhenti kejab minum kopi. Memang hebat minum panas dalam suasana sejuk ni. Lepas tu kami bicang-bincang mana nak pergi lepas ni. Fikir punya fikir aku cadangkan pergi ke YeongDong Fu. Di situ ada bangunan Times Square. Bukan Berjaya Time Square yek ... Tapi Sam kata esok kita akan station kat Times Square so balik cari tempat yang tak kita lawat esok. Aku ikut je apa cadangan diorang, negeri diorang lah katakan. Lepas tu kami naik teksi pergi ke satu tempat yang aku tak pasti namanya tapi kat sini kami ikut underground shopping complex. Gempak beb ....


Inilah tempatnya. Tapi aku memang tak ingat namanya. Memang seronok. Kalau ikut Sam dan Jung, sebab utama masuk kat sini sebab kat luar tu sejuk sangat jadi masuk dalam ni ada pemanas badan.


Entah masuk kat mana tetiba je keluar kat sini. Jauh juga berjalan. Tapi aku tak lah shopping apa-apa sebab aku tengok pakaian dan barangan yang dijual banyak berkaitan dengan negara mereka yang bermusim seperti baju sejuk, sarung tangan dan lain-lain. Benda-benda ni kita tak pakai kat Malaysia. Tapi untuk luas pandangan dan pengalaman, memang menarik.


Aku ambik gambar ni dari dalam kereta dan satu hari nanti aku nak lepak kat tepi Sungai Han ni. Diorang kata ada aktiviti kalau malam. Tapi itu masa summer time je. Time sejuk ni tak da lah plak. Jadi aku kata nanti lah bila aku datang Korea summer time.

Tak banyak aktiviti petang ni dan aku plan terus balik hotel rest. Sebab malam ada lah plan sikit. Nak ronda tempat sekeliling. Yang tu tak ada catatan ye. Esok aku akan station kat Yeongdongfu selama 2 hari untuk Operation Observation.

Itu lah aktiviti aku di negara kimchi ni. Memang best. Dan hari Sabtu 17/11/2012, aku akan balik ke Malaysia. See you ......