"Hari pertama aku dilahirkan - Ceritaku Bersama Nenek"
11.45 mlm, 25hb Januari 2013, 13 Rabiul Awal, Jumaat.
Columbia Asia Hospital, Puchong
11.45 mlm, 25hb Januari 2013, 13 Rabiul Awal, Jumaat.
Columbia Asia Hospital, Puchong
Memang aku aku tidak pernah sebut dalam catatanku sebelum ini bahawa aku sedang menantikan seorang lagi ahli dalam generasiku untuk menyambung legasi keluarga Kapten Hamzah Hj. Omar. Bukan ingin membuat suprise tetapi biarlah ianya hanya dicatatkan bila masanya telah tiba. Dan walaupun catatan ini dibuat selang beberapa hari selepas kelahirannya maka kali ini aku akan kongsikan cerita istimewa hadiah dari Allah S.W.T kepada keluarga ku dan khususnya diriku untuk kesinambungan generasi ku.
Semuanya tidak di duga. Dengan secara kebetulan mak ku yang tersayang, abang ku dan anaknya berada di Kuala Lumpur untuk program yang lain. Abangku datang ke KL dengan 2 tujuan iaitu membuat ENT checking di Hospital Columbia Hospital Puchong dan yang kedua untuk menonton preview pilot untuk dokumentari Jelajah Boneo 11 Nov hingga 1 Dis 2012 yang bakal ditayangkan di RTM untuk 13 episod. Mak ku hanya sekadar menemankan mereka selain melawat isteriku yang sarat mengandung yang mengikut jadual akan deliver pada 13 Februari 2013. Mereka tiba di KL pada malam 23 Januari 2013 dan balik ke Tawau pada 27 Januari 2013.
Bermula cerita ketika mereka tiba di KL pada hari malam Rabu yang lepas, tak ada apa yang nak dibuat sebab sampai dirumah sahaja pukul 2.00 pagi. Hanya keesokannya disebabkan cuti umum maka boleh lah aku bawa mereka berjalan-jalan mengikut tujuan yang ditetapkan. Waktu itu wife ku tidak memberikan apa-apa petanda yang jelas dan semuanya seperti biasa. Jadi memandangkan abang ku ingin membeli barangan HP dan kamera maka destinasi pertama kami pada pagi itu adalah Digital Mall, PJ.
Agak lama juga kami di Digital Mall ini. Abang ku berminat untuk memiliki Sambung Galaxy Note 10.1 dan disebabkan proses downloading dan lain-lain menyebabkan kami rest sekejab kat situ. Tapi sebab suasananya ok jadi kami taklah boring sangat. Mak ku plak sibuk melayang dua orang cucunya Amirun Naufal dan Muhammad Akif Syazwan yang nyata keduanya lebih literate kepada dunia digital moden. Munkin dia tertarik dengan cucunya itu yang bersepupu ini dengan dua loghat yang berbeza dari Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia. Lepas semuanya selesai maka kami bergerak dan singgah makan kat Mc Donald just depan Digital Mall kat Seksyen 14 ni.
Lebih kurang pukul 2.30 ptg, program abangku dah selesai maka kami pun bergerak keluar dari PJ. Aku sempat menghubungi wife untuk update keadaannya dan Alhamduliilah semuanya ok. Aku tanya mak nak ke mana lepas ni? Dia kata dia tak tahu tapi dia nak beli kain dan pakaian untuk family kat Sabah. Dalam kepala aku dah ingat Jalan Masjid India. Fikir punya fikir, aku pusing balik stearing kereta dan drive terus ke Nilai 3, Negeri Sembilan. Lagipun rumah ku kat Seri Kembangan jadi rasanya masa balik tu dekatlah sikit. Selain tu, aku ingat kalau Jalan Masjid India, kena jalan kaki dan mak aku kaki dah tak berapa kuat nak jalan tapi kalau kat Nilai 3 tu, boleh parking terus kat depan kedai, tu yang syok tu. Kami sampai lebih kurang pukul 4.00 ptg dan settle semua membeli-belah kul 6.00 ptg. Pastu tak ke mana, drive balik terus ke rumah.
25 Januari 2013
Merupakan hari yang indah dalam hidupku walaupun perjalanannya agak pantas. Tapi aku bersyukur dengan berkat doa semua, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah SWT. Pagi ini aku bangun seperti biasa dan bersama abangku, mak dan Akif, kami bergerak ke Columbia Asia Hospital Puchong untuk berjumpa dengan Dr. Megat Shiraz, Pakar ENT yang membuat pembedahan hidung ku dulu. Mendengar perkhabaran positif yang aku berikan kepada family aku di Sabah, abang ku berminat untuk mendapatkan nasihat daripada Dr. Megat mengenai masalah hidungnya walaupun mempunyai syntum nya yang berbeza dariku. Semuanya berjalan lancar dan abangku cukup berpuas hati dengan medical advise dari Dr. Megat dan bercadang untuk membuat susulan pada masa akan datang.
Dari Puchong kami terus ke KL untuk urusan lain dan balik semula ke Seri Kembangan untuk menghantar mak ku balik ke rumah kerana untuk program petang ini, hanya aku dan abangku sahaja yang terlibat. Kami sampai kat FINAS Hulu Kelang dalam pukul 2.50 petang. Just nice kerana agendanya bermula pukul 3.00 petang. Sebenarnya petang ini kami ada preview tayangan dokumentari pilot episod pertama Ekspedisi Jelajah Borneo 2012 yang telah dijalankan pada bulan November 2012 yang lalu. Di FINAS Dato' Mustapha Maa'rof dan Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Baharom, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah sudah menunggu. Bila jemputan semua dah ada maka kami teruskan tayangan. Semuanya ok. Bila selesai, aku dan abangku bergerak balik ke Seri Kembangan dan plan nak makan malam bersama keluarga.
Tapi kali ni aku tak tahu lah betapa teruknya kesesakan lalu lintas. Dari pukul 4.45 petang, kami hanya sampai di rumah lebih kurang pukul 7.30 mlm. Padahal biasanya aku drive dari FINAS ke rumah dalam 45 minit je. Mungkin sebab hujan lebat kot. Anyway, sepanjang perjalanan aku terima 3 ke 4 panggilan dari wife dan mak aku bila nak sampai. Aku tak lah suspect apa-apa sebab cara diorang cakap macam relaks je. Bila sampai je kat TPM Bukit Jalil, Dee sepupu wife aku plak call ada kat mana?. Aik .... macam urgent je. Dan finally, bila dah nak dekat sampai rumah, mak aku call kata dah gerak ke Columbia Asia Hospital sebab wife aku dah ada tanda nak bersalin. Then baru aku aware the reason why? Dalam hati aku nasib baik ada mak aku dan Dee. Thanks to both of them.
Tak sempat sampai kat rumah mak aku kata kita terus jumpa kat hospital. Diorang gerak dulu. Aku kata ok. Abang aku tunjuk ajar aku camna nak pecut cara orang Sabah. Peraturan jalanraya dah jadi nombor 2 sekarang tapi generally still follow. Takut nanti masuk kat labour room aku pun tak sempat nak masuk. Jalan masih sesak. Hon sana hon sini, buka double signal dan akhirnya kami sampai hospital lebih kurang pukul 9.05 mlm. Aku terus ke kaunter tanya staff kat sana tapi tak ada pun nama wife aku. Call wife tak angkat, call mak aku pun tak angkat dan finally call Dee, dia jawab. Rupanya kami sampai dulu sebab Dee ambil jalan jauh. Kesian gak dengan dia sebab mungkin dia tak biasa jalan ke Columbia Asia hospital. Anyway, nasib baik dia ada kalau tidak lagi kelam kabut buatnya.
Selepas admission registration selesai, wife aku terus di bawah ke labour room. Bilik ini strictly for husband only. Mak aku, abang dan Dee tunggu kat luar. Aku hanya memerhatikan staff hospital kendalikan pesakit mereka. Generally aku no komen, everything is fine. Dalam pukul 9.35 malam, doktor yang bertanggungjawab tiba. Memang dari awal lagi wife aku nakkan Dr. Raja Juhaidah B. Raja Abdullah ni dan atas alasan apapun, aku setuju je. Aku perhatikan proses ini dari A to Z dan membuatkan kita sentiasa sedar akan kekuasaan Allah SWT yang menciptakan manusia dan betapa kesakitan itu berubah menjadi detik gembira dengan kurniaannya. Dan alhamdullillah, tepat pada pukul 9.55 malam, 25 Januari 2013, sehari selepas hari keputeraan Rasullullah SAW maka lahirkan puteraku yang ketiga, seorang lagi umat Muhammad SAW untuk meneruskan generasi umat Islam dan tugas sebagai Khalifah di bumi bertuah ini.
Catatan bersalin dari Columbia Asia Hospital
Bila keadaan kembali tenang, ketegangan pun kian hilang. Aku sebarkan berita gembira ini melalui SMS kepada keluarga terdekat ku sebagai satu proses biasa untuk menyampaikan berita. Semuanya membalas dengan ucapan tahniah. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk semuanya yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kami sekeluarga dan semoga tuhan sahaja membalasnya.
Lebih kurang pukul 11.30 malam, wife aku di hantar ke bilik wad untuk pemeriksaan biasa sebelum di jadualkan dibenarkan pulang pada keesokan harinya. Aku, mak dan abang bergerak balik ke rumah dalam sekitar pukul 1.00 pagi selepas memastikan wife aku selesa dan boleh berehat secukupnya.
26 Februari 2013
Makcik bersama puteraku pada hari kedua di Hospital Columbia Asia, Puchong.
Sebelum aku menamatkan cerita tentang detik yang amat bahagia ni, aku ingin berkongsi mengenai falsafah ku tentang anak lelaki. Falsafah amat penting terutama dalam memberikan nama kepada anak-anak masing-masing dan setiap ibu bapa mempunyai falsasah dan pandangannya yang tersendiri. Bagi ku ini, lelaki mesti dikaitkan dengan kepimpinan dan ketokohan. Bukan bermakna aspek lain tidak penting seperti kejujuran, kelembutan, kasih sayang dan lain-lain tapi asasnya lelaki mesti ada jatidiri kepimpinan. Seperti juga ego di mana lelaki mesti ada egois dalam dirinya kerana egois itu akan mencerminkan dirinya tetapi egois itu mesti diletakkan pada paksi yang betul agar ianya tidak memakan diri sendiri dan memudaratkan orang lain. Berpandukan kepada pendirian inilah aku meneroka pengertian yang mendalam dalam menentukan aspek zahiriah yang diharap dapat dijiwai dengan keperibadian yang sempurna sifatnya. Aspek zahiriah itu harus ada pada namanya dan keperibadian itu bakal diterokai sepanjang hayat masih di kandung badan.
Pada hari kedua kelahiran puteraku, aku bergegas ke hospital dalam pukul 9.00 pg. Mak aku pagi-pagi lagi dah bangun untuk menyiapkan bubur untuk menantunya. Sememangnya bubur itu adalah antara kegemaran wife aku. Tapi kali ni mak aku tak ikut dan aku ke hospital bersama makcik dan Mon De Gebs. Sampai je kat hospital, apalagi Mon De Gebs dengan aksi mereka dan sedikit sebanyak terhibur juga lah wife aku melihat telatah anak-anak.
Makcik Zaharah bersama-sama dengan ketiga orang putera ku
Alhamdulillah mengikut laporan doktor, wife dan putera ku berada dalam keaadaan yang amat baik dan dibenarkan keluar pada petang hari. Semuanya nampak lancar dan tersusun, wife aku selamat balik ke rumah kul 6.00 petang.
Sebelum aku menamatkan cerita tentang detik yang amat bahagia ni, aku ingin berkongsi mengenai falsafah ku tentang anak lelaki. Falsafah amat penting terutama dalam memberikan nama kepada anak-anak masing-masing dan setiap ibu bapa mempunyai falsasah dan pandangannya yang tersendiri. Bagi ku ini, lelaki mesti dikaitkan dengan kepimpinan dan ketokohan. Bukan bermakna aspek lain tidak penting seperti kejujuran, kelembutan, kasih sayang dan lain-lain tapi asasnya lelaki mesti ada jatidiri kepimpinan. Seperti juga ego di mana lelaki mesti ada egois dalam dirinya kerana egois itu akan mencerminkan dirinya tetapi egois itu mesti diletakkan pada paksi yang betul agar ianya tidak memakan diri sendiri dan memudaratkan orang lain. Berpandukan kepada pendirian inilah aku meneroka pengertian yang mendalam dalam menentukan aspek zahiriah yang diharap dapat dijiwai dengan keperibadian yang sempurna sifatnya. Aspek zahiriah itu harus ada pada namanya dan keperibadian itu bakal diterokai sepanjang hayat masih di kandung badan.
Jika aku memiliki Amirun Naufal, seorang pemerintah yang dermawan, Ariff Haiqal yang melambangkan kebijaksanaan yang sentiasa subur, maka nama putera ku yang ketiga ini adalah diilhamkan dari gabungan nama lagenda pemimpin Islam yang agung dengan sifat yang mulia. Doaku untuk semua agar nama-nama ini akan mencerminkan sifat keperibadian mereka yang sebenarnya. Amin
Selamat Hari Lahir Yang Pertama - Asyraf Iskandar






