Monday, 17 June 2013

Selamat Pengantin Baru .... Faizal & Fazura

Sedikit terganggu dengan kesibukan kerja yang mendatang menyebabkan blog ini agak terhenti seketika dari aktiviti dan cerita terkini. Tapi kali ini aku gagahkan juga lah untuk menulis kerana rasanya ada beberapa events penting yang rasanya boleh dikongsi bersama untuk tatapan keluarga. 
 
 
Selamat Pengantin Baru .... Faizal & Fazura. Itu ayat pertama seperti yang dinyatakan dalam tajuk nukilan ini. Faizal ialah sepupu wife aku yang tinggal di Alor Setar. Dan memang molek sekali isterinya juga berasal dari negeri jelapang padi tersebut. Majlis diadakan dalam keadaan yang serba sederhana tetapi kemeriahannya tetap kekal. Aku tak kan lampirkan lambakan kepingan gambar-gambar sepanjang majlis ini sebagai follower sikap Faizal dan pasangannya yang agak low profile walaupun sifat-sifat romantis itu tetap ada.
 
Bagi diriku, majlis ini membawa kenangan kerana buat pertama kali aku merentasi laluan jalan yang meniti bendang sawah yang luas sebelum sampai ke rumah pengantin perempuan. Cuma malangnya, suasana malam tidak menampakkan apa-apa tetapi dapat ku bayangkan jika pemandangan itu di hari siang, keindahan alam itu memang mengasyikkan.
 
Dan pada hari kemuncaknya, majlis bagi pengantin lelaki julung kali diadakan di Kedah Royal Club (KRC) Alor Setar pada malam 8hb Jun 2013 menceriakan seluruh keluarga yang terlibat dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan ringkas dan sempurna.
 
Saya mewakili isteri, anak-anak (Amirun, Ariff, Asyraf) bersama seluruh keluarga di Sabah dan Singapura ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Saudara Faizal dan Puan Faizura diatas majlis perkahwinan ini dan semoga dirahmati oleh Allah SWT hingga ke anak cucu. Dan ucapan tahniah kepada keluarga Chu Con & Chi Tun dan terima kasih atas jemputan dan layanan sepanjang majlis.
 
 

Antara hantaran yang sempat ditatap ........
 

 
Majlis Marhaban pada siang 8/6/2013 sebelum majlis kemuncak.
 
Wassalam