Seingat aku, kali terakhir aku ke Cameron Highland adalah pada tahun 2007. Ketika itu hanya memiliki seorang cahaya mata iaitu hero ku yang pertama, Amirun Naufal. Selang 7 tahun, tahun 2014 aku datang lagi ke Cameron Highland. Walaupun Cameron Highland nampak tidak banyak berubah, tapi yang nyata aku punyai perubahan. Dulu hanya seorang tapi kini sudah bertiga dengan tambahan 2 orang lagi hero, Ariff Haiqal dan Asyraf Iskandar.Alhamdullilah, hidupku kini memang meriah bersama isteri dicinta.
Tanggal 17hb Januari 2014, tatkala orang-orang India beragama Hindu berpusu-pusu meramaikan Batu Caves sempena Hari Thaipusam, kami sekeluarga bersama makcik, mak mertua dan adik ipar sekeluarga meraihkan cuti di Cameron Highland. Program 3 hari 2 malam ini disi dengan program-program santai sambil melawat tempat-tempat menarik selain merasai kedinginan cuaca yang sememangnya menjadi tarikan Cameron Highland dari dari dulu lagi.
Dan aku mengambil kesempatan cuti ini untuk membuat beberapa tinjauan sebagai persediaan Re-Union Ex-Pelajar DPA ITM Sabah (1994-1996) yang dijadualkan dibuat di sini pada bulan September 2014 nanti. Samada ianya boleh dilaksanakan atau tidak, Insya'Allah akan diusahakan sebab sahabat lamaku dan juga ex-classmate ku, Mansur@Antoi Sangut begitu kepingin untuk ke Cameron Highland. Jadi aku perlu melihat lokasi dan tinjauan termasuk penginapan dan juga tempat lawatan.
Selain itu, aku masih teringat masa aku berkerja di Reliance Media Group (Malaysia - India), aku menghadiri satu kursus yang dikendalikan oleh seorang pakar penelitian psikologi pekerja dari Mumbai, India, Mr. Sunil Balwani dan dia menerangkan tentang perubahan sikap pekerja dan pelbagai kaedah untuk melatihnya nya. Katanya kita kena tahu sikap dan karektor pekerja melalui pemerhatian karektor dan kelakuan. Sebenarnya katanya, kebanyakan masalah prestasi pekerja ialah kerana ketuanya gagal membentuk motivasi atau ketuanya gagal menyampaikan mesej kepada pekerja mengikut kemampuan pekerja tersebut. Itu katanya dan terpulang kepada kita untuk menilainya.
Tapi aku bukan mahu bercerita tentang teori yang dia ajar, cuma aku ingin berkongsi bagaimana menurutnya, penelitian ini hanya akan berjaya jika kita mampu untuk meneliti tentang sikap dan kelakuan anak-anak dan keluarga kita. Jadi di Cameron Highland ini, dengan ilmu yang ada, aku cuba untuk mentafsir kelakuan dan sikap anak-anak ku sendiri. Tapi bukan secara terperinci, sekadar umum sahaja kerana ilmu tak cukup ha ha ha.

Amirun Naufal
(Bermaksud - Pemerintah Yang Dermawan)
(Bermaksud - Pemerintah Yang Dermawan)
Ariff Haiqal
(Bermaksud - Kebijaksanaan Yang Sentiasa Subur)
Asyraf Iskandar
(Bermaksud - Pemimpin Yang Mulia)
Sepanjang hari kami menghabiskan masa berjalan sambil menghirup udara segar dan nyaman. Aku sebenarnya tak ingat kata mana lokasi gambar ni tetapi ianya adalah tempat untuk membeli cenderamata dan juga buahan dan sayuran tempatan.
Asyraf Iskandar bersama mama nya. Ketika ini umurnya lagi 7 hari akan mencecah 1 tahun. Dia ni cool saja dan senang nak kawal. Tapi jangan sampai dia lapar ha ha ha. Macam ayah nya jadinya ....
Kami bersembunyi di sebalik kebun Teh BOH. Asyraf namapk macam takut-takut je masuk dalam suasana hutan ni. Tapi sebenarnya dia mengantuk dah tu. Maklumlah budak-budak kalau berjalan jauh memang cepat penat
Ada yang menarik sedang diperhatikan oleh kedua heroku ini. Tapi kalau tak silap aku diorang ni tengah tengok seorang lelaki yang sedang merenung dan berkata sesuatu tentang Asyraf yang ada kat tepi. Ariff tak puas hati sebab adiknya seolah diganggu. Inilah persepsi budak-dudak. ha ha ha
Tidak mahu ketinggalan merakamkan aksi di kebun TEH BOH Cameron Highland. Tak ada apa yang sangat menarik melainkan melihat panorama kehijauan daun teh yang luas selain udara yang sejuk dan nyaman. Bagi orang kota mungkin sesuai lah untuk keluar dari asap kota dan kenderaan yang membawa penceramaran udara. Bila lama kat sini aku teringat bumi Kundasang, Sabah dengan pemandangan Gunung Kinabalu ... memang terbaik dan tiada tandingan di Malaysia dalam kategori highland ........
Sebahagian keluarga ku yang ikut serta dalam percutian ke Cameron Highland. Dalam gambar ini, selain isteri dan tiga orang hero ku, makcik Zaharah dan mak mertua juga ada bersama.
Alhamdullillah ianya merupakan percutian yang menarik walaupun singkat. Kami berpatah balik ke KL pada hari Ahad tu dan Insya'Allah akan bersama lagi dalam percutian berikutnya. Sebagai tips tambahan, kalau nak ke Cameron Highland dengan jalan yang selesa, gunakan laluan Simpang Pulai, Ipoh, jalannya besar dan selesa. Tapi kalau nak pengalaman drift, ikut laluan lama melalui Tapah, Perak.
Wassalam