Sunday, 12 June 2011

Alhamdullilah ... Keluarga Datang Menjenguk..

Di keheningan hari Ahad, aku terpanggil untuk menulis dan membuat catatan buat tatapan sesiapa sahaja yang ingin membacanya. Untuk sepanjang minggu ni aku ada di KL je seperti biasa walaupun kalau ikut jadualnya, aku terpaksa ke Taiping untuk urusan kerja yang sangat urgent tapi aku berjaya mencari pengganti pada saat-saat akhir.

Semuanya perancangan berubah apabila aku dapat call dari keluarga dari Singapura pada hari Jumaat lalu untuk datang dan menginap di rumah. Alhamdullillah, kata orang dan ada hadisnya, setiap tetamu yang datang itu akan membawa rezeki kepada kita. Amin.

Makcik Asmah dan anaknya, Rahmat Nazri dan isteri serta 3 orang orang anaknya datang jauh dari Singapura untuk melawat kami sekeluarga dan menghantar barang untuk mak saya yang akan mengerjakan Umrah pada 15/6/2011 hingga 26/6/2011. Ini buat pertama kali aku dapat berjumpa dengan keluarga Makcik Asmah walaupun kami sebenarnya rapat tapi entah di mana silapnya, sebelum ini aku hanya berjumpa dengan Makcik Asmah, Makcik Rohana tapi tidak dengan keluarga yang lain walaupun beberapa kali juga aku ke Singapura ataupun Johor Bharu untuk urusan kerja. Dan kali ini alhamdullilah aku berpeluang berjumpa.

Menariknya Rahmat Nazri, kali ini aku jumpa setelah kali terakhir berjumpa dan bergambar pada tahun 1976. Setelah lebih kurang 35 tahun, baru berjumpa semula.

Ini gambar terbaru selepas kali terakhir diambil 35 tahun yang lalu

Makcik Asmah kata dia nak bawa balik gambar ni dan matched balik dengan gambar yang sebelumnya. Selepas ini aku rasa, banyak program dengan keluarga dari Singapura ini kena buat untuk memastikan hubungan ini tidak terputus begitu sahaja. Lebih-lebih lagi ini melibatkan 2 negara walaupun hanya berdekatan tapi kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang.

Sebelum mereka balik ke Singapura hari ni, kami sempat bergambar untuk tatapan keluarga terutama di Sabah.

Ini gambar kami sekeluarga gabungan Kedah, Sabah, KL dan Singapura.

Generasi seterusnya yang akan membawa payung silaturahim untuk generasi akan datang dan semoga selepas ini mereka tidak pula berjumpa 35 tahun selepas ini.

Ini kemeriahan ketika makan malam di sebuah gerai tomyam sekitar Ampang. Semuanya tak plan pun tapi seronok juga buat kerja on spot. Lepas tu kitorang pergi Bandar Bercahaya I-City Shah Alam sehingga kul 1.30 pagi.


Akhir sekali, aku dan keluarga di Kuala Lumpur mengucap jutaan terima kasih atas kunjungan ke KL dan sudi menginap di rumah kami. Jangan malu dan segan, just gime us call, whenever you plan to visit KL. Thanks.