14/6/11 - Hari Selasa 14/6/11 dan Rabu 15/6/11 adalah hari yang sibuk dan gembira dalam kamus harian ku. Apa taknya, bonda tercinta datang dari Tawau bersama dua orang abangku dan kakak iparku. Mereka singgah sehari di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan untuk menunaikan ibadat Umrah keesokannya. Memang awal2 lagi aku dah apply cuti 2 hari sebab ini masanya untuk entertain family dari Sabah apatah lagi mak sendiri dan adik beradik.
Flight mereka yang dijadualkan mendarat 2.30 ptg pada 14/6/11 di KLIA dan aku dah sampai awal lebih kurang pukul 1.00 tgh. Lagipun aku tak tahu apa nak buat so lebih aku sampai awal dan baca news melalui tablet. Sementara menunggu, aku lepak kat Burger King kat level 3, KLIA. Tepat kul 2.45 ptg, aku terima call dari Abg. Zaimie dan alhamdullilah mereka dah sampai. Pukul 3.00 ptg mak dan kak lis keluar dari dari Arrival area dan lagi 2 orang abangku masih di dalam sementara menunggu semua bagasi di ambil.
Apabila semua selesai, lebih kurang pukul 4.15 ptg kami semua keluar dari KLIA dan destinasi seterusnya ialah Jalan Pasar, Pudu kerana Abg. Zaimie nak beli walkie talkie detector dan antena untuk kegunaan Kelab Kembara Tawau di mana dia selaku Timb. Pengerusinya. Mula2 aku nak hantar mak dan Kak Lis dulu kat rumah dan gerak ke KL tapi semua setuju nak gerak sekali, so, aku terus terus drive ke KL. Selepas semua selesai lebih kurang kul 6.00 ptg, kami nak berjumpa seorang rakan di Hotel Concorde, Shah Alam untuk serahkan barang yang dibeli dari Jalan Pasar tadi memandangkan rakan tersebut akan balik ke Tawau keesokan paginya. Tapi sebelum ke Shah Alam, kami singgah dulu di Restoran Syed Bistro untuk makan Nasi Beriayani sebab abang Zasnie dah lapar.
Tengah berselera makan Nasi Beriani kat 'Semenanjung'
Selepas makan kami terus gerak ke Shah Alam dan tiba di Hotel Concorde, Shah Alam lebih kurang kul 8.00 mlm. Memandangkan rakan yang dicari masih berada di luar hotel makan kami just letakkan barang tu kat Kaunter bawah je. Lepas tu drive balik dan tiba di rumah lebih kul 8.45 mlm. Ketika tu family aku kat KL semuanya menunggu dan mengkin hairan gak sebab dari tadi tak sampai-sampai. Kami habiskan masa malam untuk berborak di samping masih sibuk lagi dengan persiapan untuk berangkat esok.
15/6/11 - Pagi ni aku bangun awal sikit dan beli makanan untuk sarapan kami sekeluarga. Tak banyak aktiviti pagi ni melainkan membantu mereka buat persediaan terakhir untuk penerbangan petang ni. Tepat kul 11.20 pg kami bertolak dari rumah dan disebabkan trafik adalah baik, kami tiba di KLIA tepat kul 12.00 tgh. Lepas turunkan mereka, aku drive for parking. Sepanjang kat KLIA, aku huraikan aktiviti melalui paparan gambar dibawah ;
Berjumpa dengan rakan-rakan kumpulan sementara menunggu Ketua Rombongan tibaMak dan Kak Lis bergambar sebelum berlepas ke Madinah
Mak dan Abang Zaimie dan Kak Lis. Mereka ni bukan pertama kali membuat UMRAH dan Insya'Allah nanti kami akan pergi bersama-sama
Ambil berkat orang nak buat UMRAH dan semoga rezeki itu ada masa akan datang
Posing dulu depan Secret Recipe sebelum boarding time
Masih ada sejam setengah sebelum boarding. Kita makan dulu kat Mc Donald
Still in lepak mood sementara menunggu di panggil masuk
Selamat Mengerjakan UMRAH dan selamat kembali ke tanahair dan semoga sihat selalu.
Dan buat mak yang tersayang, aku doakan agar Allah memberikan kemudahan untuk mengerjakan UMRAH dan semoga segala yang dirancang dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke Tanahair dan semoga panjang umur untuk mak dan semuanya. Amin