Minggu yang menyeronokkan. Itulah yang boleh aku katakan sepanjang minggu ini. Apa taknya, kami sekeluarga penuh dengan aktiviti kekeluargaan sepanjang weekend dan membuatkan kedua-dua hero aku iaitu Mon De Gebs gembira sakan. Hari sabtu 18/6/2011, adalah hari ulang tahun Amirun Naufal yang ke 5. Dan ianya disambut dengan suasana amat sederhana tapi meriah untuk kami sekeluarga.
Aku ingin berkongsi aktiviti pada hari Ahad 19/6/2011. Lanjutan dari sambutan hari lahir Amirun Naufal dan juga sempena Sambutan Hari Bapa, aku dah membuat plan di mana nak merayakannya. Saja aku tak nak bising-bising sebab selalu orang complain bila dah plan baik-baik, selalu je ada hal buat tak jadi. Itu yang buat aku tension. Sebab itu aku merangka awal-awal dalam hatiku ke mana destinasi nak di bawa sempena kedua-dua sambutan di atas.
Kami bergerak dari rumah agak 'awal' dari kebiasaan kami gerak sebelumnya. Agak2 dalam pukul 12.30 tgh. Sebelum ke mana-mana, kami singgah dulu makan tengahari sebab semua dah lapar.
Selepas selesai makan, aku bawa diorang ke Cyberjaya jalan-jalan dan patah balik ke KL. Ke mana agaknya yek? Ha ha .. kalau KL nak ke mana lagi? Aku bawa diorang ke Menara KL. Lagipun, kitorang stay kat Klang Valley tapi tempat2 melawat kat KL pun tak pernah pegi. Mana patut ye tak? Bukan apa, bila-bila masa orang jauh datang, sebut tempat ni tak tau, sebut tempat tu pun tak tau, macam mana nak entertain diorang. Jadi aku ambik kesempatan ni bawa family aku 'melancong' kat tempat sendiri. Lagipun, kat Menara KL sekarang ada pakej family dan ada pameran bagi Negeri terengganu Darul Iman. Tak caya? I got prove as below ...
Begitulah kemeriahan pada hari Ahad yang lepas. Release juga tension keje aku yang melambak-lambak. Ok lah. Tak ada apa lagi yang nak di tambah dan esok atau lusa, aku akan berkongsi pula cerita Hari Lahir Amirun Naufal yang ke 5.