Monday, 24 June 2013

".....its a great & simple birthday event. Thanks to Tok Wan & Mak Tok"


Walaupun serba ringkas tapi hari itu cukup bermakna. Tepat pada hari Sabtu, 22 Jun 2013 maka putera sulungku, Amirun Naufal genap berumur 7 tahun. Tapi kali ini tidak seperti kebiasaannya ada majlis dengan undangan keluarga tapi cukup sekadar memadai majlis ringkas potongan kek yang dihadiahkan oleh Tok Wan dan Mak Tok nya. Dengan sebuah Kek Coklat yang menjadi kegemaran Amirun, sudah sukup untuk membuatkannya sangat gembira pada hari lahirnya itu.
 
Mengingkap semula pada hari itu, Amirun sebenarnya sibuk dengan program latihan badmintonnya di Seksyen 13, PJ. Memang setiap hari sabtu, Amirun akan berlatih dengan jurulatih badminton selama 2 jam di New Vission Academy Badminton, sebuah kelab yang yang diasaskan oleh bekas pemain kebangsaan Yeoh Kay Bin bersama Kelab KLRC. Jadi petang itu, dia memang sibuk hingga mungkin dia terlupa bahawa hari itu adalah hari lahirnya yang ke 7.
 

 
Sepanjang di badminton akademi hari tu, wife aku dah call to inform Tok Wan dan Mak Tok nya datang secara mengejut nak celebrate birthday Amirun. Aku kata training tak boleh ganggu dan kena tunggu sampai pukul 6.30 petang. Selepas selesai semuanya, aku pun rush balik ke rumah sebab takut kedua mertua ku menunggu lama.
 
Sampai je kat rumah, Amirun seperti biasa dengan liatnya nak mandi sebab seronok melihat kedua mertua ku ada di rumah untuk bercerita tentang kepenatannya bermain badminton. Dan bila mengetahui ada kek untuknya maka kesabarannya hilang untuk meraikannya. Maka majlis yang amat simple ini ternyata membawa erti yang besar kepada dirinya dan barulah dia sebenarnya menyedari bahawa hari itu adalah hari besar untuknya.
 
 
Selamat Hari Lahir Yang Ke-7 buat mu 
 Amirun Naufal