Sekarang baru aku rasa sebenarnya bukan senang nak jadi seorang penulis. Dulu aku aku ingat bila ada idea saja dan fikirkan lah apa-apa, mesti kita boleh menulis. Tapi sebenarnya tidak. Semua orang boleh menulis tapi untuk mengekalkan mood penulisan dan mencari masa untuk menulis itu bukan satu perkara yang mudah kalau tidak ada minat dan fokus yang tinggi terhadap penulisan.
Aku pun tak ingat bila last sekali aku menulis tapi yang pasti berbulan yang lepas juga lah. Sehingga kan hari-hari penting dalam kehidupan seperti bulan Ramadhan dan Aidil Fitri serta bersambung pulak dengan Aidil Adha, semua nya tertinggal tanpa catatan.
Tapi tidak semuanya tertinggal kerana yang tertinggal hanyalah catatan tapi aku masih menyimpan gambar-gambar kenangan untuk sebagai imbasan peristiwa tetapi kalau memerlukan huraian yang panjang maka aku tak mampu kerana mood peristiwa itu sudah hilang.
Tahun ini sebenarnya aku menyambut perayaan Hari Raya dengan penuh meriah. Apatah lagi raya kali ini kami menyambutnya di Tawau. Memandangkan raya pun dah lama gak berlalu maka aku tak kan dapat huraikan satu persatu peristiwanya tetapi ada beberapa gambar yang mungkin dapat mengingat kenangan itu kembali .....
Hari Raya tahun ini jatuh pada 8hb Ogos 2013 bersamaan dengan hari Khamis. Tema kami kami ini ialah Kuning Air. Bergambar dengan mak tersayang dan nenek pada pagi hari raya selepas sembahyang Sunat Aidil Fitri.
Bagi tahun kedua berturut-turut, anak sulungku Amiruin Naufal menemani ku mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri. Cukup bersemangat dia pagi tu.
Sambil-sambil mendengar Khutbah tu, kami sempat lagi berposing untuk mengambil gambar kat masjid selepas solat sunat.
Tak silap aku ini adalah hari raya yang kedua. Tengah bersiap nak ke rumah Pak Long sempena Open House. Sebelum bertolak, Asyraf sempat lagi masuk kerusi urut .....
Hari Raya ketiga, nenek buat Majlis Cukur Jambul buat 3 orang cucunya yang hero-hero. Ariff Haiqal, Rizqin Aryan dan Asyraf Iskandar. Jadi malam sebelum tu sibuk lah bukan main ... macam majlis orang kahwin.
Antara peralatan dan alat yang digunakan untuk majlis cukur jambul ini. Yang buah kelapa tu ... aku yang yang potong. Kira boleh tahan lah ...
Pakcik Cing nya (Pakcik Zasnie) yang membawa Asyraf untuk majlis bergunting ini. Kelihatan majlis bercukur sedang berjalan .....
" ........ Emmmpph ! Apa lah yang korang buat kat kepala aku ni?" Mungkin itu lah yang difikirkan oleh Asyraf dalam majlis cukur jambul ni. Dia buat muka deeeeekkkkk selamba je.
Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut tak kira apa bangsa yang ada melayu, cina , suluk dan lain-lain.
Yang seorang lagi hero aku ni memang jenis pemalu dan manja sikit, Jadi dalam majlis itu dia berkepit dengan aku lah. Tapi tak ada lah buat hal, cuma terlebih malu-malu je ....
Lepas sebahagian besar tetamu dah balik, aku dan wife ambil kesempatan untuk menjamah makanan dulu. Lapar woooiii ..... penat layan tamu
Masa kelapangan di ambil dari kesibukan dan mood hari raya dengan bersantai di kebun dengan menaiki motor off road. My wife tengah tunjukkan kemahiran membawa motor ini untuk round kebun .....
Makcik Sabturiah (Kanan Sekali) buat majlis khas untuk kami untuk jamuan Steamboat di rumahnya. Malam ini memang banyak aku belasah seafood. Thanks Makcik Sab.
Majlis penutup 2 hari sebelum balik KL, Pakcik Enchiem buat jamuan makan di Tawau Seafood Retaurant kat Batu 2 1/2. My wife kata dia suka makanan kat sini .... fantastic
Akibat banyak makan kolestrol food, my future doctor sedang buat medical check up. Result nya ... ok. So boleh makan lagi yeaahhh ...
Ini lah makanan paling istimewa di Tawau iaitu Nasi Kuning lauk Ikan. Peehhhh. Mantap beb. Dari kecik aku hidup dengan makanan ini. Ada satu lagi istimewa kat Tawau ialah Mee Tauhu tapi tak ada gambar lah. Kalau masakan kat rumah sudah tentunya Sup Tulang Mak .... terbaik ...
Ini aksi Amirun Naufal ngan adiknya Asyraf Iskandar. Muka Asyraf buat terkejut je sebab mungkin dia penat kot di Tawau.
Sebelum balik ke KL pada 16/8/2013, Jumaat, kami bergamabar dulu kat Airport. Biasalah kelazimannya begitu. Alhamdullilah semuany berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.
Kepada semua yang terlibat menjamu kami sempena Hari Raya ini, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Wassalam