Wednesday, 30 October 2013

Tegal Kota Bahari Jawa Tengah..... Bandar Pelaut Yang Unik


Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman perjalananan ku di Indonesia. Sememangnya Indonesia memiliki banyak tempat yang menarik untuk dilawati dengan peninggalan sejarahnya dan keunikan budayanya.
 
Atas urusan yang rasanya tidak perlu aku nyatakan di sini, aku bersama seorang teman menusuri laluan darat di Pulau Jawa dari Jakarta ke Bandar Kota Tegal, Jawa Tengah. Perjalanan yang menambil masa lebih kurang 6 jam setengah dari Jakarta ini memang sesuatu yang menyeronokkan terutama sekali pada sesiapa yang berminat pada travelling. Ianya bukan extreme adventure tapi merupakan satu pengalaman yang bukan senang kita dapat di Malaysia.
 
Jika di Malaysia, perjalanan sejauh 6 jam ini, kita mungkin akan melewati bandar-bandar dan kawasan hutan ataupun menggunakan highway untuk terus sampai ke destinasi tapi perjalanan ke Tegal ini tidak ada tempat yang sunyi kerana ianya dipenuhi oleh kepadatan manusia di sepanjang perjalanan. Kalau pun ada sunyi mungkin di laluan selepas Bandar Cirebon, itu pun sekejab.
 
Tiba saja di Jakarta Terminal 3 pada pukul 8.00 pagi melalui penerbangan Air Asia, kami terus menaiki kereta Toyota Kijang Avanza yang dipandu oleh Pak Benni yang telah siap menunggu kami dari pukul 7.30 pg lagi. Walaupun perjalanan sememangnya dijangka meletihkan tetapi mental kami dah di program untuk menerima semua kepenatan untuk pengalaman kali ini.
 

Terus terang aku katakan sebelum ini aku tidak pernah mendengar nama tempat-tempat ini sehinggalah aku melaluinya. Banyak cerita yang aku dengar tentang sejarahnya tapi aku tak dapat nyatakan di sini kerana versinya berbeza-beza. Gambar ini di ambil ketika dalam persimpangan ke Cikampek - Cirebon. Untuk sampai ke Tegal kami ikut laluan Cirebon. 



Dua gambar di atas ialah antara suasana pengiklanan yang sempat aku ambil dalam perjalanan ini. Yang menariknya di sini, pengiklanan ini dikawal oleh orang perseorangan atau syarikat yang mampu membina papan tanda untuk dibuka kepada pengiklanan awam. Kalau di Malaysia ianya di kawal oleh Kerajaan Tempatan tetapi di Indonesia, sesiapa pun boleh meletakkan

 
 
Baru sampai ke pekan Brebes. Pekan yang terakhir sebelum kami sampai ke Kota Tegal. Di Brebes ini kami melihat jualan bawang merah dan telur asin (Masin). Bawang merah di sini dijual dengan harga Rupiah 10,000 sekilo atau dalam ringgit hanya RM 2.80 sekilo. Cuba bayangkan. Itupun kalau ikut Pak Benni itu harga dari orang tengah, bukan dari peladang. Kalau dari peladang tak tahu lah pulak berapa harganya.


Dengan kepadatan penduduk yang tinggi ini memang perlaksanaan undang-undang jalan raya sukar dilaksanakan. Tapi sepanjang perjalanan kami ke Tegal, kami tidak melihat sebarang kemalangan walaupun memandu di sini memerlukan kemahiran yang tinggi dan kena selalu awas seperti kata Pak Benni. Kalau tidak nanti motor lewat depan mobil, ngak bisa ngelak .... katanya.


Kantor POS merata-rata tempat. Ini menunjukkan pengiriman surat dan barangan ini amat penting di sini memandangkan Indonesia memiliki daerah yang besar mengikut provinsi masing-masing.


Bank Jateng adalah antara rangkaian bank yang berpengaruh di Indonesia.Ini adalah cawangan Bank Jateng Brebes.


Antara pemandangan yang sempat aku rakam dalam perjalanan ini. Nampak macam biasa tetapi dalam keadaan yang sebenar, ianya memberikan penceritaan yang menarik untuk kita mengetahui budaya dan kehidupan di sana.



Ini lah aku katakan tadi sebagai kemahiran yang tinggi diperlukan untuk memandu di sini. Yang menariknya dalam keadaan yang begitu sempit dan pantas, amat jarang kita dengan bunyi hon macam yang sering kita lakukan di Malaysia. Yang pasti mereka mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun pemandu di hadapan menghalang laluan ataupun membuat emergency break, aku tak dengar pun ada bunyi hon ..... aku tengok Pak Benni driving relaks je .. kalau kat Malaysia, kena blok sikit ... bla bla bla bla bla maki hamun keluar.


Dalam lebih kurang sejam kami sampai ke Tegal, kami singgah sekejab makan kat Cirebon. Kami minta Pak Benni lah pilih tempat. Aku cuma minta dia pilih tempat yang bersih, sedap dan halal. Tapi tak kisahlah sebab Pak Benni pun orang Islam. Pengamalannya juga Alhamdulillah ok sebab di mana tempat dia nak Musholla (Sembahyang) dia minta keizinan berhenti, so part tu memang aku tak ada keraguan.

Jadi berbalik bab makan ni, pilihan Pak Benni ialah Nasi Padang. Peehhhh. Terbaik beb. Biasa aku makan nasi padang kat Malaysia ni kat Restoran Sari Ratu, tapi yang ini original. Memang ada kelas. Dengan pilihannya yang pelbagai, makan lah apa yang nak. Di sana style makan nasi padang, mereka akan menyedok semua jenis lauk pauk dalam piring dan yang mana kita berkenan, kita ambil dan makan. Mana yang tidak di usik, diorang tak charge. The best part ialah, kalau ayam ada 3 ketul satu piring, dan kita ambil 1 ketul saja maka diorang akan kira 1 ketul je. Hari tu kami makan 3 orang maksimum kitorang pun tak tahu apa kita ambik, kami kena charge Rupiah 120,000 dalam lingkungan RM 35.00 lah.

Aku dan kawan amat puas hati tapi kata Pak Benni itu pun consider mahal. Dia nak tanya harga plak tapi aku kata tak payah lah. Ok lah tu 3 orang makanan banyak hanya RM 35.00. Tapi kalau itu pun mahal, berapa agaknya yang murah .... memang kelas ...
 


Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 7 jam 20 minit, kami akhirnya sampai di Tegal Kota Bahari. Rasa macam mau patah juga pinggang belakang. Kalau ikut Pak Benni, perjalanan masuk ke Tegal ini memang sedikit Macet (Macet tu Traffic Jam) sebab laluan Tegal ini adalah satu-satunya laluan yang menghubungkan Kota Jakarta dengan Kota Surabaya. Tidak ada laluan alternative yang lain. Sebab itu jalan ini mereka panggil sebagai Pandura (Jalan Laluan Ke Pulau Jawa Utara) dan Tegal adalah terletak di tengah-tengah Pulau Jawa.  Sebab itulah semasa laluan tadi aku ada melihat tulisan arah Tegal, Jawa Tengah. Dan Kota Bahari itu bermaksud Kota Pelaut (Orang Pantai) kerana Bahari itu bermaksud Pelaut. Ha ha ha nampaknya aku dah belajar sikit demograpi Pulau Jawa. Memang betul Tegal sudah dekat dengan pantai dan laut.
 

Sampai di Tegal kami terus pergi ke hotel yang telah ditempah oleh rakan kami di Tegal, Antonio Santoso. Dia seorang usahawan yang berjaya di Tegal dan Indonesia. Memang tujuan kami ke Tegal untuk berjumpa dengan beliau dan melawat kilangnya atas jemputan beliau sendiri.
 
Kami tinggal di Bahari Inn yang terletak di tengah-tengah Kota Tegal. Sudah lebih kurang 10 tahun usia hotel ni dan kalau ikut catatannya, ialah dirasmikan oleh Presiden Soeharto. Hotelnya bertaraf 4 bintang dan kemudahannya memuaskan. Harga untuk standard room untuk 2 orang termasuk breakfast ialah Rupiah 480,00 dalam lingkungan RM 137.00 satu malam. Ok lah. Lagipun bukan aku yang bayar ha ha ha. Gambaran hotel tu seperti di atas.



Malam itu, kami dijemput oleh Pak Yadono untuk berjalan -jalan di Kota Tegal. Memang menyeronokkan walaupun penat. Kami difahamkan Bapak Antonio sedang rushing back dari Surabaya ke Tegal untuk berjumpa kami jadi sementara watu tu Pak Yadono yang ambil alih tugas layan kitorang. Lepas penat meronda dengan kenderaan Suzuki nya, kami singgah tempat makan yang popular tapi tak bernama untuk menikmati juadah Nasi Gila. Apa yang gila tu ... kena datang Tegal sendiri, memang terus gila.

Pak Yadono pulak dalam masa yang sama memperkenalkan makanan paling diminati di Tegal dan terkenal di seluruh Indonesia ialah Sate Kambing Tegal dan Sup Sayur Tulang Kambing. Gambarnya tengok di atas. Bukan macam sate kajang ... satenya tidak ada rempah. Tapi dagingnya fresh, di bakar seperti biasa  cuma yang membezakannya ialah kuahnya yang tegal gitu ..... kata Pak Yadono.

Lepas makan Pak Yadono bawa lagi ronda-ronda keliling Bandar Tegal. Keadaannya ialah Bandar lama tapi besar. Lepas tu kami minta balik ke hotel rehat kejab sehingga lah Bapak Antonio sampai dan kami keluar lagi.


Lepas mandi semua, Bapak Antonio call aku. " Ok bisa pak. Kami siap aja" kataku padanya dalam phone. Bila Bapak Antonio sampai saja di hotel, dia terus bawa keluar ke Bandar dan dia ajak makan lagi. Aduhhhhh .... cukup lah. Aku tak larat dah. Kenyang betul ni. Tapi untuk menyedapkan hati kawan, aku kata pada Bapak Antonio, ok lah aku keluar sama dan temankan dia makan. Dia tanya aku, mau makan tempat yang enteng atau makan tempat yang kelas? Aku kata makan tempat yang enteng saja ... maksudnya tempat yang santai macam kita kedai mamak lah cam tu.

Lepas 15 minit memandu dalam Bandar, dia berhenti di tempat yang memang betul-betul enteng. Pertama kali hidup aku makan kat tepi jalan dalam bandar yang diletakkan tikar bersebelahan jalan raya dam makan bersila. Relax saja aku tengok diorang kat sini tapi ramai plak tu orang datang makan .... aku minta kopi saja tapi peehhhhh terbaik beb.

Kat atas tu kelihatan, Bapak Antonio(baju hitam) dan sebelahnya ialah Pak Yadono.

 
Chorus "... hidup ku dulunya seorang pengamen, pulang malam selalu bawa uang recehan" ...Itulah antara lirik lagu hits TEGAR, "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" yang menduduki carta Hits Suria 30 Suria FM Malaysia ketika ini. Bila aku tengok mamat ni, aku teringat pada lagu TEGAR itu kerana di Indonesia ni apabila kita makan di tempat terbuka cam ini, maka ramai lah orang yang datang menghiburkan kita dengan melodi lagu yang pelbagai. Mereka ni tidak dipanggil peminta sedekah tetapi merupakan seniman jalanan yang harus sebolehnya dihormati dan dibantu mengikut pandangan masyarakat setempat.
 
Jadi aku pernah bertanya kepada Pak Benni, kalau diorang ini tidak dipanggil peminta sedekah atau seniman jalanan, apakah gelarannya ........kata Pak Benni itu lah dia PENGAMEN. Ha ha ha ok.
 
Jadi dipendekkan cerita, alhamdullillah aku dan kawan ku di layan dengan baik sepanjang di Indonesia dan aku berkata dengan Pak Antonio, Insya'Allah aku akan datang lagi. Lebih kurang pukul 12.30 malam kami balik ke hotel, esok pagi pukul 11.00 pg bertolak balik ke Jakarta dan terus ke Airport bagi penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
 
Insya'Allah aku akan ada trip ke Bandung bulan November ni juga berjumpa dengan seorang usahawan dan kawan. Nanti kita share ............