Friday, 6 December 2013

Bussiness Trip To Bandung


Seperti yang aku janjikan pada posting yang lepas, kali ini aku kongsikan bersama pengalaman ringkas perjalananku di Kota Jakarta ke Bandar Paris Van Java atau Bandung. Trip ini sebenarnya tidak dirancang langsung sebab biasanya aku hanya ke Jakarta saja untuk berjumpa dengan client sebelum balik ke Kuala Lumpur. Tapi kali ini atas ajakan dan desakan Pak Anton, aku gagahkan juga lah untuk datand ke Bandung.
 
Cuba bayangkan, Pak Anton sanggup drive MPV Suzukinya dari Bandung untuk ke Jakarta hanya untuk mengambil kami ke Bandung. Dengan keadaan jalanraya yang sangat-sangat jammed, aku rasa kalau aku yang drive boleh pengsan kepenatan. Distance Jakarta - Bandung is about 200 KM tapi melalui perjalanan ini, cuba bayangkan kami bertolak dari Terminal 3 Jakarta pada pukul 11.00 pagi dan sampai ke Kota Bandung dalam pukul 5.45 petang.
 
Macam biasa lah .... penat dalam perjalanan aku minta Pak Anton rest kejab lah kat mana-mana untuk hilangkan kepenatan. Kesia plak aku tengok dia memandu dalam keadaan yang macet teruk. So, diapun singgah kat satu tempat yang aku pun tak ingat apa namanya .... tapi gambar restorannya seperti di bawah :-


 
Kami singgah kat restoran Simpang Raya. Pak Anton kata restoran ni boleh tahan sedap dengan rending sapi nya yang lembut, sotongnya yang pedas manis serta macam-macam lagi membuatkan aku terbayang tentang nasi padang kat Tegal tempoh hari.


Dan memang sah Nasi Padang. Ha ha ha. Pak Anton tahu aku suka nasi padang. Kelihatan Pak Anton dengan ank buahnya Kurniawan sedang melihat makanan apa nak di makan. Sebenarnya Pak Anton ni ialah Cina Indonesia tapi tak tahu cakap cina. Mereka sangat fasih menggunakan bahasa Melayu Indonesia. Termasuk anak buahnya, mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Indonesia. Inilah kelebihan Indonesia berbanding Malaysia. Tatkala kita sekarang sibuk melaungkan 1 Malaysia untuk membuat penyatuan Bangsa Malaysia, Indonesia dalam aspek ini sudah jauh ke hadapan. Aku pun tak tahu apa sebabnya kita masih gagal membentuk penyatuan bangsa Malaysia seperti yang diinginkan oleh Kerajaan tapi sekadar berkongsi cerita seorang peniaga berbangsa cina di Mangga Dua Square, pada zaman pemerintahan Presiden Soeharto, tidak ada seorangpun warga Indonesia yang berdiri diatas tanah daulat Indonesia yang dibenarkan bercakap dalam bahasa lain melainkan Bahasa Indonesia. Bagiku, walaupun aku tetap berbangga dengan negaraku tapi ada yang perlu kita pelajari dari negara sehebat Indonesia .....

Lebih kurang pukul 5.45 ptg, seperti yang aku katakan tadi .... kami sampai di Bandung. Pak Anton terus bawa ke hotel tempat menginap. Nama hotel itu ialah Karang Setra Hotel, Bandung.





Hotelnya menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Aku memang puas hati dan terima kasih kat Pak Anton dan team nya. Lepas tu Pak Anton minta aku berehat dulu dan akan datang balik ambil kami pukul 7.00 malam. Jadi sempatlah mandi dan berehat sekejab. TV pulak ada 12 siaran dan aku memilih siaran langsung bolasepak Kelayakan Piala Asia di antara Indonesia menentang China yang berkesudahan separuh masa pertama China mendahului dengan jaringan 1-0.

Kring ... Kring ... HP aku berbunyi. Pak Anton dah menunggu di bawah. Aku dan kawan bergegas turun. "Selamat Sore Pak Onn ...." Itu ayat pertama Pak Anton bila melihat aku. Dan aku bertanya ke mana kita Pak .... dia lantas menjawab ... kita makan dan jalan-jalan Pak Onn. Ok lah.



Tempat yang pertama kami tuju ialah Stasiun Keretapi Bandung. Bukannya apa .... aku dah pesan kat Pak Anton  .. dia tak payah hantar kami balik Jakarta dengan kenderaan sebab jauh. Sebenarnya aku letih dengan macet tu dan lagipun naik keretapi ni kalau guna Kelas Perniagaan atau Kelas Pertama pun dan cantik beb ... tak lah mahal sangat hanya lebih kurang Rupiah 100,000 je atau lebih kurang RM 30.00. Ok lah tu .. yang penting belakang aku tak sakit ha ha ha. Tapi alangkah malangnya .. tiket system plak breakdown, terpaksalah cancel the plan.




Selepas keluar dari Stasiun tu, Pak Anton bawa pusing Bandung waktu malam. Lepas tu dia bawa kami ke Restoran Sunda yang popular di Bandung iaitu Restoran Bumbu Desa. Restoran yang cantik, menarik dan kemas aturannya. Oh ya sebelum tu, aku lupa nak cite bahawa Pak Anton ni sebenarnya Cina yang dan convert to Muslim ... kira mualaf lah. Sebabnya dia kahwin dengan gadis Sunda dari Bandung. Tapi latar belakang Pak Anton memang businessman yang diwarisi dari keluarganya.

Selepas makan malam barulah kami mulakan perbincangan yang melibatkan perniagaan. Banyak aspek di ambil kira dan banyak topik dikeluarkan ... soal kos, soal pemasaran, produksi, penghantaran, packaging, pekerja dan macam-macam lagi lah. Lebih kurang 1 jam setengah berbincang dan mencapai kata putus, kita pun lepak dan jadi casual balik.  Lebih kurang pukul 11.30 malam, aku inform kat Pak Anton, nak balik hotel dan berehat. Dia pun hantar kitorang balik.

Pagi esoknya, bangun awal dan aku menghirup udara sejuk Kota Bandung. Lepas tu jalan kaki balik ke hotel for breakfast. Baru aku perasan dibelakang hotel tu memang mempunyai panorama yang menarik dan permai. Pihak hotel memang sengaja meletakkan Café hotel jauh sikit supaya kami boleh merasai keindahan persekitarannya.


Kena berjalan kaki sampai ke hujung untuk sampai ke Café. Tapi dengan udara yang nyaman, kita tak kan terasa kepenatannya.


Aku terhenti sekejab melihat taburan ikan yang menarik di kolam ini. Sesiapa yang kaki pancing dan kalau dibenarkan memancing di sini, inilah antara syurganya ....



Pemandangan sepanjang dalam perjalanan ke Cafe'. Waktu ini sekitar pukul 9.30 pagi. Tenang dan permai sekali.






Suasana yang amat permai ini mengingatkan aku di bumi kelahiranku ... Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Memang tempat-tempat seperti ini banyak di tempatku cuma commercialize kurang menyebakan hanya beberapa tempat menarik sahaja yang dapat ketahui oleh orang seperti Kundasang di mana lertaknya Gunung Kinabalu, Karambunai Resort, Pulau Sipadan tapi banyak lagi yang orang tidak tahu seperti Meliau Basin, Gunung Emas Keningau, Lembah Danum dan lain-lain. Berbalik kepada Bandung ini, keharmoniannya memang asli dan unik.

Lepas mandi aku dan kawan terus check out. Tapi barang kami letak dulu kat hotel. Aku hubungi Anton, jangan jumpa kat hotel tapi berjumpa di Shopping Complex terbesar dibandung Paris Van Java yang hanya 10 minit jalan kaki dari hotel. Kami pun jalan kaki dan sepanjang perjalanan tu banyak panorama menarik boleh dilihat terutama kehidupan masyarakat kelas bawahan Indonesia.



Ini lah dia Paris Van Java Mall kalau tak silap aku atau ada nama lain tempat ni. Bagi kita warga KL atau mana-mana bandar kat Malaysia, tempat ini bukanlah grand sangat walaupun memang besar. Di dalamnya ada shopping tenant yang biasa kita jumpa kat KL seperti SOGO, Carrefour dan lain-lain. Bandung terkenal dengan tempatnya santai jualannya sperti Pasar Baru, Factory Outlet dan lain-lain.





Antara pemandangan yang dapat kita lihat di mall ini. Kalau dari segi harha memang kalau kita buat perbandingan mall to mall, kat sini murah tapi tak lah murah sangat. Boleh tahan je lah ..... Kami hanya jalan-jalan kerana trip ini bukan untuk shopping tapi lebih kepada casual business trip
 
Tepat pukul 11.00 pg, Pak Anton called aku. "ya di mana Pak Onn?" "Di sini Pak, tempatnya yang bapak cakap semalam ..." aku jawab. "Tenang aja Pak Onn, saya nunggunya di luar, Kalau selesei ... kita langsung terus ..." Faham tak faham aku terus jumpa dia kat luar mall. Masuk saja kat kereta APV Suzukinya, aku terus cakap minta maaf kalau lambat menunggu, biasalah adat kita di Malaysia ... "Enteng aja ...." itu jawabnya.
 
 "Jadi kita langsung ke mana pak?' Aku bertanya. "Cihampelas Street" jawabnya pendek.
 

Chihampelas Street ni kalau kita di Malaysia macam Up Town atau Bukit Bintang lah. Sepanjang jalan tu banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang murah dan menarik. Kalau kat Singapore tu macam Orchard Road lah tapi yang ini consider low end version.



 
Antara pemandangan yang istimewa sepanjang laluan jalanraya yang penuh dengan jualan ini. Pak Anton meluangkan masa dengan kami dan membawa kami berjalan-jalan sepanjang street ini. Kalau ikut hati memang banyak yang dibeli tapi rasanya baik tunggu dilain hari kalau dipanjangkan umur Insya'Allah akan datang bersama isteri tercinta. Kalau ikut plan nya .. mungkin 2014 Insya'Allah, tengoklah nanti.
 
Jadi trip yang singkat ini di Bandung memang banyak pengertiannya dari segi pengalaman dan perniagaan. Selepas ini, kami bergegas ke hotel kerana Pak Anton telah arrange kan sebuah MPV untuk menghantar kami balik ke Jakarta. Terima kasih Pak Anton. Kami bertolak pukul 1.30 tgh dan sampai ke Jakarta lebih kurang pukul 6.30 ptg. Terus ke hotel di Mangga Dua, Jakarta. Malamnya lepak kejab kat Mangga Dua Square dan esoknya bertolak balik dengan penerbangan Malindo Air pukul 1.35 tgh waktu tempatan dan tiba di Kuala Lumpur dengan selamat pada pukul 4.35 ptg.
 
Kita jumpa lagi .........................