Mungkin agak terlewat tetapi itulah ayat paling sesuai untuk coretan ini walaupun kita sebenarnya sudah memasuki pertengahan bulan Januari 2014. Tapi seperti biasa, kesibukan dan ketiadaan mood yang sesuai untuk membuat penulisan menyebabkan blog ini tergantung seketika.Sebenarnya aku ingin membuat kesimpulan mengenai pencapaian aku pada tahun 2013.
Padaku 2013 adalah tahun yang sangat cemerlang
walaupun progress di tempat kerja agak mendatar tetapi dari segi pencapaian,
dateline, pengurusan masa, keluarga dan sebagainya, alhamdulillah sangat
terkawal. Bermula dengan tarikh keramat 25 Januari 2013 di mana zuriatku ketiga
lahir, hidupku sentiasa seriah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti keluarga.
Walaupun jika dibandingkan dengan 2012 memang aku jarang berjalan jauh dengan
keluarga mungkin disebabkan anakku yang bongsu masih kecil, jadi pergerakan
agak terbatas. Semoga tahun 2014 ni ada sinar yang terus menanti dan
kehidupanku terus disinari oleh kerdipan cahaya sinar yang dirahmati Allah. Untuk
melengkapkan penulisan coretan bagi 2013 ni, akan aku kongsikan pengalaman
berjalan sambil bekerja diluar negara. Kalau kebiasaannya perjalanan ini hanya
di Indonesia tapi kali ini kaki ku menjejak setapak jauh ..... Hong Kong.
Memang
sudah berada dalam senarai lawatan untuk ku tahun ini dimana pameran cinema
terbesar di Asia yang dikenali sebagai CineaAsia Hong Kong akan berlangsung
pada 10 hingga 12 Disember 2013. Memang pada kebiasaannya semua aktivis hiburan
dan teknologi akan berkampung di Hong Kong pada tarikh itu untuk berkongsi isu
industri hiburan melalui program-program pameran, seminar, forum, lawatan ke
pawagam, pengenalan teknologi baru dan sebagainya. Dan sebagai mewakili
syarikat dari Kuala Lumpur, Malaysia aku bersama Pengurus Digital dan Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) hadir sebagai delegasi rasmi syarikat. Banyak juga lah
aku belajar dari program ini selain aku sendiri kena buat pembentangan dengan
rakan-rakan sekerja dari pusat utama Korea Serlatan, China, Vietnam, Indonesia
dan Myanmar mengenai proses operasi dan pengamalan sistem digital di
Malaysia. Ini kerana proses operasi di setiap negara adalah berbeza jadi aku
terpaksa menerangkan kepada rakan dari cawangan lain dari negara lain bagaimana
proses di Malaysia berfungsi termasuk terikatnya kita dengan sistem dan
peraturan kerajaan. Alhamdullilah semua berjalan lancar dan tiada sangat yang
menyukarkan. Rakan-rakan lain juga banyak membantu dan cuma bila ada kelapangan
tu aku dan member cari masa jugak lah jalan-jalan. Biasalah tu.
Cuma Hong Kong
ni, masyarakatnya sentiasa sibuk dan kuat berjalan kaki. Sampai kaki aku pun
lenguh. Bayangkan dari hotel tempat aku menginap dan ke Pusat Konvensyen Hong
Kong lebih kurang 2.5 km. Letih memang letih tapi bagus untuk kesihatan. Tapi
jangan ikut cara diorang jalan, ikut cara kita jalan. Slow and steady.
Kalau ikut diorang boleh patah pinggang. Kalau dah lama tak apa. Cuma pada
catatan ini aku ingin berkongsi pasal satu cerita di Hong Kong. Rakan sepejabat
aku, Stanley perkenalkan aku dengan dengan rakannya Chan yang sekarang berkerja
di sebuah syarikat projector terbesar di China. Aku ambil kesempatan
lepak ngan dia di sebuah kedai kopi dan kami pun bercerita. Rupanya dia ni
orang Malaysia yang telah lama menetap di Hong Kong dan kahwin orang tempatan
Hong Kong. Dari ceritanya dulu dia bekerja di KL dan bila dia dapat offer untuk
bekerja di Hong Kong, dia terus terima. Maklumlah kerja kat luar negara, apatah
lagi Hong Kong memang tempat yang favorite untuk orang cina diserata
dunia.
Di pendekkan cerita, dia mengakui betapa menyesalnya dia tinggalkan
Malaysia. Aku cuba bertanya lebih lanjut dan sikit-sikit aku dapat jawapannya.
Masa dia berpindah dulu katanya keluarganya dan dirinya banyak menyatakan
ketidak-puasan pasal Malaysia dan puji negara luar seperti China, Hong
Kong dan Singapura. Dan apabila mereka menetap di situ baru mereka sedar, kadar
hidup susah, kos yang tinggi dan lain-lain tekanan. Bayangkan dia tinggal dalam sebuah rumah apartment
yang saiznya sebenar bilik di hotel sahaja tanpa ada ruang tamu dan
lain-lain, itupun katanya sewanya boleh mencecah RM 3k sebulan sedangkan
pendapatan hanya dalam lingkungkan RM 6 K sebulan. Itu belum kos lain dan
sebagainya.
Terdetik dihatinya untuk pulang ke Malaysia tapi memandangkan
keadaan keluarganya dan kerja, suasana semacam sudah terlanjur. Hakikatnya,
orang Cina dan India di negara ini memahami ertikata keistimewaan ini. Bukan
untuk memuji apa yang ada di Malaysia. Memang kita rasa bertuah tapi di
Malaysia pun masih banyak pembaruan yang boleh dibuat seperti pembaziran yang
dilakukan oleh kerajaan dan sebagainya. Tapi dalam konteks ini, harus
diingat, Malaysia ini bumi bertuah dan jangan disiakan. Sebagai rakyat marhain,
kita harus bersyukur dengan apa yang ada tapi dalam masa yang sama harus
menyuarakan keperihatinan dan bertindak jika terbukti harta negara dibolos
tanpa memberi manfaat kepada rakyat. Pertemua dengan Chan banyak memberi
kesedaran kepadaku dan semoga bumi bertuah Malaysia terus melimpahkan rahmatnya
kepada penyanjungnya tanpa mengira bangsa.
Jadi setakat ini dulu coretan ringkas ini. Tiada gambar dapat aku postkan kat sini aku masalah sikit nak upload gambar. Tak tahu kenapa? Anyway kalau dah ok nanti aku akan uploadkan gambar-gambarny ok. Wasalam.